PKR: Siasat NFC atas dakwaan penggubahan wang haram

PKR menggesa National Feedlot Corporation (NFC) milik keluarga bekas menteri wanita Datuk Seri Shahrizat Jalil disiasat atas dakwaan terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram.

Pengarah strateginya Rafizi Ramli mendakwa, NFC terlibat dalam transaksi menggunakan syarikat lain dengan pemilik sama untuk pembelian lembu dan melibatkan pelanggaran Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram.





sponsored links


Beliau mendakwa, surat kredit yang dikeluarkan NFC digunakan oleh National Meat & Livestock Corporation (NMLC) untuk membayar pembelian lembu.

Bagaimanapun, pembelian ini, dakwa Rafizi, dibuat oleh Global Biofuture Pte Ltd, sebuah lagi syarikat milik anggota keluarga Shahrizat.

"Bagaimana sebuah syarikat boleh membuat pembayaran terhadap invois syarikat lain?" soal Rafizi.

Post Tag: iskandarX Society Nuffnang Advertlets Google AdSense Bidvertiser Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

Ulasan