PKMM: 60% kontraktor anggotanya tenat, bungkus

Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia cawangan Kedah (PKMM) mendakwa hanya kira-kira 40 peratus daripada lebih 1,600 anggotanya berjaya manakala bakinya dalam keadaan tenat dan ada yang telah gulung tikar.

"PKMM cawangan Kedah dukacita kerana untuk tahun ini kerajaan Kedah hanya memberi peluang kepada kita menyelenggara jalan negeri bernilai RM50 juta sahaja," kata Yang Dipertua PKMM Kedah, Ahmad Fatahi Omar.
 
"Kita akan menjadi pendesak untuk memelihara kebajikan ahli agar kerajaan pusat dan negeri memberi lebih banyak tender atau projek kepada kami untuk dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian di majlis perasmian mesyuarat agung tahunan ke-35 PKMM di Alor Setar semalam.
 
Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia cawangan Kedah (PKMM) mendakwa hanya kira-kira 40 peratus daripada lebih 1,600 anggotanya berjaya manakala bakinya dalam keadaan tenat dan ada yang telah gulung tikar.
Ahmad Fatahi berkata pihaknya telah menghantar surat kepada kerajaan Kedah dua bulan lepas agar menganugerahi projek melalui cabutan undi dan menghentikan pemberian projek kepada konsortium yang dikuasai anak syarikat miliknya.

Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah, Datuk Azmi Lateh.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Azmi berkata kerajaan pusat melalui Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (EPU) menyalurkan RM1.38 bilion dalam bentuk projek infrastruktur kepada Kedah untuk menyemarakkan pelaburan dan aktiviti ekonomi tahun ini.
 
Menurutnya, komitmen kerajaan pusat itu berjaya menarik dana pelaburan swasta tempatan (PFI) bernilai RM1.1 bilion setakat ini.
 
Beliau berkata jumlah itu tidak termasuk kelulusan permohonan untuk melaksana projek kecil dari semasa ke semasa mencecah hampir RM60 juta.
 
"Pemantauan yang dibuat mendapati pelaksanaan projek infrastruktur mencapai 97 peratus dan menghidupkan ekonomi rakyat Kedah," katanya.
 
sponsored links


Ketika berucap sebelum itu, Azmi berkata kemampuan kontraktor menyiapkan projek mengikut jadual memberi kesan terhadap keyakinan pelabur tempatan dan asing untuk melabur di negeri ini.

Sumbangan PKMM dalam sektor pembinaan turut memberi impak besar bagi mencapai matlamat bidang keberhasilan utama kerajaan (NKRA) untuk menjayakan agenda transformasi ekonomi kerajaan pusat, katanya.
 
Beliau berkata kerajaan mempunyai mekanisme tersendiri bagi membantu kontraktor yang menghadapi masalah menyiapkan projek kerana mahu rakyat menikmati keselesaan dan kesejahteraan.

- Bernama

Mau tak bungkuih, angpa bagi projek kat bangsa luaq, habih la kontrator Bumiputra, nak cari makan tang mana lagi. Dah bagi projek dok tek sorang sikit last2 peruntukkan yang disediakan kurang pastu suruh kontraktor Bumiputra kurangkan sikit charge ada ka patut? Terguling la jawabnya.

Post Tag: iskandarX Society Nuffnang Advertlets Google AdSense Bidvertiser Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

Ulasan