Pesara telekom maut terjatuh dari tingkat 12

Seorang pesara Telekom Malaysia Berhad maut selepas terjatuh dari unit rumahnya di tingkat 12 Apartmen Abdullah Hukum, Bangsar di ibunegara hari ini.
 
Kejadian itu disedari oleh seorang daripada anaknya pada kira-kira jam 8 pagi yang meninjau ke bawah dan melihat bapanya telah jatuh ke bawah, setelah mendapati jeriji pintu rumah terbuka.
 
Isteri mangsa, Faridah Omar, 58, tidak menyangka sarapan bersama suaminya Abd Khalid Salleh, 60, pagi ini merupakan detik terakhir mereka meluangkan masa bersama.
 
"Saya sempat bersarapan pagi bersama arwah sebelum menuju ke bilik air selepas bersarapan... kejadian hanya disedari oleh anak kedua saya yang melihat jeriji besi pintu rumah telah terbuka.



Seorang pesara Telekom Malaysia Berhad maut selepas terjatuh dari unit rumahnya di tingkat 12 Apartmen Abdullah Hukum, Bangsar di ibunegara hari ini.


"Dia kemudiannya keluar rumah dan meninjau ke bawah sebelum melihat ayahnya telah jatuh ke bawah," katanya ketika ditemui di rumahnya.
 
sponsored links


Faridah berkata suaminya itu demam sejak seminggu yang lepas dan telah dibawa berjumpa doktor dan diberikan ubat.
 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abd Bari Wan Abd Khalid berkata mangsa terjatuh kerana dipercayai mengalami masalah kemurungan.

"Bagaimanapun tiada unsur jenayah berhubung kejadian ini," katanya.
 
Katanya mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.  

- Bernama

Ini unsur jenayah nie, takkan lah pesara tu punya bodoh nak terjun dari tingkat 12 tu? Gayat gila bro. Pikir la sikit. Memang tak nampak unsur jenayah sebab memang senang jenayah macam nie, umpan dan tolak.

Post Tag: iskandarX Society Nuffnang Advertlets Google AdSense Bidvertiser Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

Ulasan