'Perjuangan pembangkang berdasar fitnah & spin'

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mendakwa bahawa wadah perjuangan pembangkang bukan berunsurkan dasar tetapi hanya berlandaskan fitnah dan 'spin'.

"Lihat sahaja sifat dan perwatakan pembangkang yang ada pada hari ini. Wadah perjuangan mereka bukan berunsurkan dasar, perjuangan mereka hanya berlandaskan fitnah dan 'spin'.
 
"Apa sahaja produk kerajaan BN akan difitnah, ditohmah dan dicaci. Kebelakangan ini nampaknya mereka sudah bertambah ekstremis, sudah ada unsur mengaibkan pemimpin dengan memijak gambar dan menunjukkan punggung," katanya.

'Perjuangan pembangkang berdasar fitnah & spin' Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mendakwa bahawa wadah perjuangan pembangkang bukan berunsurkan dasar tetapi hanya berlandaskan fitnah dan 'spin'.

Raja Nong Chik yang juga menteri Wilayah Persekutuan dan kesejahteraan bandar berkata demikian ketika berucap di perasmian persidangan perwakilan Umno Penampang, di Kota Kinabalu malam tadi.
 
Oleh itu, beliau mengajak penduduk Sabah supaya menolak pembangkang yang didakwanya gemar melemparkan pelbagai janji populis yang tidak mungkin dapat dikotakan, semata-mata untuk meraih sokongan rakyat.

Beliau berkata corak politik pembangkang juga lebih berunsur kepada memutarbelitkan fakta dan mewujudkan cerita politik yang bertujuan untuk mengaburi mata dan mengelirukan rakyat.
   
"Inilah yang dinamakan ciri-ciri saudagar mimpi yang ekstremis. Amat berbeza dengan corak politik BN yang bertunjangkan pencapaian dan menunaikan janji-janji demi untuk  rakyat," katanya

Raja Nong Chik berkata tema 'Janji Ditepati' merupakan wadah perjuangan BN sejak dahulu lagi kerana parti itu sentiasa akan berusaha memastikan janji yang dibuat ditunaikan.
 
sponsored links


"Ini bukan merupakan perkara yang baru kerana sejarah mampu membuktikan bahawa Barisan Nasional sentiasa 'walk the talk'," katanya.

Beliau berkata kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertungkus-lumus memperjuangkan pelbagai transformasi termasuk Transformasi Kerajaan, Transformasi Ekonomi, Transformasi Politik untuk menambah baik keadaan yang sedia ada demi kepentingan rakyat.

Raja Nong Chik juga mengingatkan ahli Umno Sabah agar tidak memandang ringan tanggungjawab yang akan digalas pada pilihan raya umum ke-13.

Menyifatkan pilihan raya akan datang itu sebagai paling sengit dalam sejarah negara, beliau berkata tanggungjawab yang dipikul Umno Sabah lebih berat kerana negeri itu dianggap sebagai 'simpanan tetap' BN.

Terdahulu, Ketua Umno Bahagian Penampang Datuk John Ambrose mahu ahli di bahagian itu memberi sokongan padu kepada calon BN di kawasan tersebut.

"Umno Penampang akan sentiasa bekerjasama dengan parti komponen BN yang lain di bahagian ini demi memastikan kejayaan calon BN di Penampang,"
katanya.

- Bernama

Post Tag: iskandarX Society Nuffnang Advertlets Google AdSense Bidvertiser Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

Ulasan