Penduduk rancang dua perhimpunan di Pengerang

Penduduk Pengerang yang mendakwa terjejas dengan projek Refinery and Petrochemical Integrated Complex (RAPID) bernilai RM60 bilion bercadang mengadakan dua lagi perhimpunan untuk membantah projek berkenaan.

Gabungan NGO Pengerang – satu gabungan pertubuhan yang menentang projek itu – menerusi setiausahanya Hasnul Ahmad dalam satu kenyataan berkata perhimpunan Kampungku Suaraku akan diadakan pada 16 September di Sungai Kapal.

Satu lagi perhimpunan, Himpunan Hijau Lestari Pengerang pula akan diadakan pada 30 September di Sungai Rengit, katanya.

Gambar Sekadar Hiasan

Menurut Hasnul, himpunan Kampungku Suaraku disasarkan kepada komuniti Melayu di Pengerang untuk meningkatkan kesedaran berhubung isu berkenaan.

Ia juga bertujuan menafikan kenyataan wakil rakyat mereka di kawasan parlimen dan DUN yang mendakwa majoriti penduduk Pengerang menyokong projek itu.

"Penduduk Pengerang akan buktikan yang mereka tidak bersetuju dengan projek itu.

sponsored links


"Perhimpunan ini akan menjadi medan penduduk Pengerang untuk menyatakan pendirian dan pertahankan Hak Penduduk," kata Hasnul dalam kenyataan itu.

Pejabat menteri besar Johor sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa satu tapak perkuburan Islam juga akan dipindahkan untuk memberi laluan buat projek itu.

Pengajur yang mensasarkan penyertaan kira-kira 500 orang itu turut menjemput Menteri Besar Johor Tan Sri Abdul Ghani Othman dan wakil dari kerajaan negeri serta pejabat tanah supaya hadir dan mendengar luahan penduduk.

"Selama ini hanya kerajaan yang memanggil rakyat untuk taklimat projek. Kali ini rakyat pula yang memanggil kerajaan untuk dengar masalah rakyat," katanya.

Himpunan itu katanya akan turut membincangkan kegagalan wakil rakyat BN mewakili suara rakyat dan dasar pembangunan yang mementingkan ekonomi tetapi meminggirkan rakyat.

Hasil daripada perbincangan itu akan dirakam dalam satu memorandum yang akan diserahkan kepada menteri besar dan wakil Petronas, katanya.

Post Tag: iskandarX Society Nuffnang Advertlets Google AdSense Bidvertiser Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

Ulasan