Pemuda PAS: Kalahkan BN agar Akta Kg Baru terbatal

Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT) menyokong penuh kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat yang akan membatalkan serta-merta Akta Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2011 jika diberi mandat membentuk Kerajaan Persekutuan.

Ini susulan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi jaminan untuk membatalkan Akta ini jika PR  mendapat mandat memerintah Malaysia selepas Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13).

Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT) menyokong penuh kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat yang akan membatalkan serta-merta Akta Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2011 jika diberi mandat membentuk Kerajaan Persekutuan.
"DPPKT merakamkan penghargaan setingginya atas keprihatinan pemimpin Pakatan Rakyat yang berusaha memberi jaminan Akta PPKB 2011 akan dibatalkan dan seterusnya akan dikembalikan kepada pemilik dan pewaris Kampung Baru," kata Ketua DPPKT, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.

Dalam keadaan isu tersebut didiamkan daripada pengetahuan rakyat, katanya, pemimpin Pakatan terus memainkannya sebagai agenda pentingnya bagi memastikan ianya terus bermain di bibir rakyat.

"DPPKT merasakan kenyataan inilah yang paling ditunggu-tunggu oleh rakyat, khususnya pemilik Kampung Baru," kata Mohamad Suhaimi dalam satu kenyataan.

Pastinya, tambahnya, kenyataan tersebut akan melegakan penduduk Kampung Bharu keranan jaminan bahawa tanah milik mereka.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT) menyokong penuh kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat yang akan membatalkan serta-merta Akta Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2011 jika diberi mandat membentuk Kerajaan Persekutuan.
Mohamad Suhaimi mendakwa, isu Kampung Bharu membuktikan Umno telah gagal dalam membela hak rakyat khususnya orang Melayu di negara ini.

sponsored links


Beliau mendakwa, pemaju dimanjakan dengan pelbagai kemudahan manakala pemilik dan pewaris dibiarkan mereka tanpa sebarang pembelaan sewajarnya.

Sehubungan itu, tambahnya, DPPKT akan menjadikan kenyataan pemimpin Pakatan itu sebagai informasi penting untuk disampaikan kepada rakyat khususnya warga Parlimen Titiwangsa supaya mereka jelas dalam menentukan hala tuju politik negara.

Dengan memilih Pakatan, tegas Mohamad Suhaimi, akan memastikan tanah Kampung Baru tidak terusik, bahkan ianya akan kembali ke pangkuan rakyat sebagaimana asal.

Lepas dah bagi kalah, kemudian nak buat apa? Setahu is PKR dan DAP nie sejak dorang pegang teraju pemerintahan nie, belambak tanah Melayu tergdai. Tanah Rizab Melayu boleh convert ke freehold jual kepada bangsa asing, korang fikir macam mana boleh convert padahal tanah tu hanya diberi untuk diusahakan oleh Sultan dan Raja-raja Melayu? Pelik nie.

Post Tag: iskandarX Society Nuffnang Advertlets Google AdSense Bidvertiser Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

Ulasan