Pelajar terselamat cubaan rogol di tandas universiti

Seorang pelajar sebuah universiti swasta terselamat daripada cubaan rogol di dalam tandas wanita universiti itu di Bukit Beruang di Melaka semalam.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata dalam kejadian pada jam 8.30 malam itu, pelajar wanita berusia 21 tahun itu sedang mengulang kaji pelajaran di bilik bacaan, di aras dua universiti berkenaan, sebelum ke bilik air di aras sama.
 
"Pelajar berkenaan kemudian terdengar seseorang memasuki tandas bersebelahan dan apabila keluar dia melihat kelibat seorang lelaki, sebelum matanya disembur dengan bahan memedihkan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

 
Seorang pelajar sebuah universiti swasta terselamat daripada cubaan rogol di dalam tandas wanita universiti itu di Bukit Beruang di Melaka semalam.


Mangsa turut cedera di pipi akibat ditumbuk ketika bergelut dengan suspek yang cuba memasukkan tangan ke dalam bajunya.
 
sponsored links


Raja Shahrom berkata lelaki terbabit melarikan diri selepas mangsa menjerit  meminta pertolongan.
 
Mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Melaka dan membuat laporan di balai polis di hospital tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye berkata polis akan mengadakan pertemuan khas dengan pihak universiti bagi membincangkan langkah meningkatkan kawalan keselamatan di universiti berkenaan.

- Bernama

Takder kerja ke asyik nak rogol orang jerk keja nya. Kerja malas, takder duit pastu merogol. Orang kerja la dapat gaji simpan, beli keta, rumah, pastu ngorat la awek mesti sangkut punya.


Post Tag: iskandarX Society Nuffnang Advertlets Google AdSense Bidvertiser Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

Ulasan

  1. betul. lepas tu kawen. ada isteri. ada anak. ada kerjaya. ada bahagia. ishk2.

    BalasPadam
  2. tak semua ada pemikiran macam tu, itu yang susah tu.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.