PAS tubuh jawatankuasa petugas isu tanah Pengerang

PAS memutuskan untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa petugas bagi menangani isu pengambilan tanah penduduk yang terlibat di kawasan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid)di Pengerang.

Naib Presiden PAS Salahuddin berkata beliau diamanahkan oleh kepimpinan PAS Pusat untuk mengetuai jawatankuasa tersebut.

"Pasukan petugas yang diamanahkan kepada saya itu akan bertindak untuk memberi pembelaan sewajarnya kepada penduduk yang terlibat dengan pengambilan tanah," katanya.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Hari Raya PAS Pusat di ibunegara malam tadi, Salahudin berkata pihaknya akan mengadakan pertamanya di Johor Baharu pada 13 September ini.

Salahudin menjelaskan bahawa jawatankuasa itu berfungsi untuk mendapatkan maklumat secukupnya berhubung isu pengambilan tanah yang melibat hampir 10 buah kampung tradisi di situ.

Bahkan, kata beliau, pihaknya juga akan mendapatkan pandangan profesional bagi menilai harga  tanah semasa di pasaran yang sepatutnya dibayar kepada penduduk yang terlibat.

Beliau mendakwa projek yang bernilai RM60 bilion itu memberi implikasi kepada penduduk Pengerang dan banyak isu yang didakwanya "disembunyikan" oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.

"Kita memandang serius isu ini. Kita tidak menolak pembangunan untuk dilaksanakan oleh kerajaan Johor.

"Tetapi adakah keadilan diberikan dengan nilai tanah, berpadanan dengan pengorbanan yang diberikan oleh penduduk yang tanahnya diambil," katanya

sponsored links


Selain itu, menurut Salahudin, pihaknya juga akan mendapatkan butiran tanah penduduk, pendapatan isurumah dan nilai aset mengikut pasaran semasa.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Mazlan Aliman dilantik menjalan timbalannya dan beberapa orang lagi bakal dilantik menganggotai jawatankuasa itu, tambah Salahuddin nya yang juga ahli parlimen Bachok.

Rapid yang melibatkan pelaburan RM60 bilion itu mempunyai kapasiti untuk menapis 300,000 tong minyak mentah import sehari dan akan menawarkan 4,000 peluang pekerjaan tetap.

Projek yang bakal dilaksanakan menjelang pertengahan 2013, iaitu selepas Petronas membuat keputusan terakhir pelaburan itu, juga akan memerlukan lebih kurang 40,000 pekerja kontrak untuk pembinaan.

Cadangan pelaksanaan projek tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada penduduk sehingga mereka mengadakan perhimpunan aman membantah projek tersebut beberapa bulan lalu.

Dilaporkan kerajaan Johor akan mengadakan mesyuarat dengan kira-kira 2,000 penduduk di Pengerang yang tanah mereka terlibat dengan projek Rapid berkenaan.

Post Tag: iskandarX Society Nuffnang Advertlets Google AdSense Bidvertiser Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

Ulasan