Mosti serah pada pihak berkaitan tangani anti-Lynas

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata beliau akan menyerahkan kepada pihak berkaitan sekiranya kumpulan Anti Lynas membuat sekatan di Pelabuhan Kuantan bagi menghalang bahan nadir bumi berkenaan di bawa masuk ke negara ini.

Pada masa yang sama, beliau berkata kementerian itu akan terus mengadakan forum untuk menerangkan kepada orang ramai bahawa loji berkenaan adalah selamat.
 
"Tiada projek di dunia yang 100 peratus diterima oleh orang ramai, apatah lagi dalam bidang ini. Tetapi kita akan terus berhubung dengan mereka, akan terus memberi penerangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Pembangunan Pekerja Berpengetahuan MSC Malaysia di Cyberjaya hari ini.
 
Mosti serah pada pihak berkaitan tangani anti-Lynas

Mosti serah pada pihak berkaitan tangani anti-Lynas

sponsored links


Dilaporkan kumpulan alam sekitar Himpunan Hijau berikrar mahu menyekat Pelabuhan Kuantan sekiranya Lynas mula menghantar bahan berkenaan ke negara ini, untuk diproses di loji Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) di Gebeng, Kuantan, selepas Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) meluluskan Lesen Pengendalian Sementara (TOL) untuk menjalankan kemudahan berkenaan.

Ongkili berkata sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, langkah-langkah yang perlu telah diambil sebelum memberi TOL kepada Lynas, termasuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai isu berkenaan.
 
"Seluruh negara mahu ekonomi berkembang dan ini adalah antara sumber pertumbuhan di masa depan. Berdasarkan peraturan dan amalan saintifik, tiada apa lagi yang boleh dikatakan kecuali untuk berkata ia adalah selamat," katanya.
 
- Bernama

Post Tag: Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

Ulasan