MB: Tanah pada KTMB tapi tak diguna, milik negeri

Kerajaan negeri Selangor bimbang tindakan menswastakan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), apatah lagi keputusan tersebut telah dibuat melalui runding terus, akan menyebabkan aset-aset milik rakyat jatuh ke tangan pihak swasta.

Oleh itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri memandang berat cadangan kerajaan pusat untuk menswastakan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kepada sebuah syarikat swasta.

Rancangan ini, tambahnya, akan mengakibatkan aset dan pegangan tanah milik KTMB yang dianggarkan bernilai RM50 bilion akan jatuh kepada syarikat berkenaan.

MB: Tanah pada KTMB tapi tak diguna, milik negeri, Kerajaan negeri Selangor bimbang tindakan menswastakan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), apatah lagi keputusan tersebut telah dibuat melalui runding terus, akan menyebabkan aset-aset milik rakyat jatuh ke tangan pihak swasta.

MB: Tanah pada KTMB tapi tak diguna, milik negeri, Kerajaan negeri Selangor bimbang tindakan menswastakan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), apatah lagi keputusan tersebut telah dibuat melalui runding terus, akan menyebabkan aset-aset milik rakyat jatuh ke tangan pihak swasta.

sponsored links


Katanya, ia bertentangan dengan hasrat awal kerajaan negeri menyerahkan hartanah tersebut kepada KTMB.

Menteri besar berkata, memandangkan KTMB adalah syarikat utiliti milik penuh kerajaan pusat, maka penyerahan harta itu telah dibuat atas semangat federalisme antara kerajaan negeri dan pusat.

Bagi mengelak aset-aset milik rakyat itu jatuh ke tangan pihak swasta, Abdul Khalid berkata, tanah yang diberi untuk perkhidmatan keretapi tetapi tidak digunakan, adalah milik negeri.

"Sehubungan itu, kerajaan negeri mengingatkan mana-mana tanah negeri yang pernh digunakan untuk tujuan perkhidmatan keretapi tetapi tidak dirizabkan atau diberi milik kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan atau diletakkan kepada Perbadanan Aset Keretapi dan kini tidak diduduki atau digunakan bagi tujuan perkhidmatan keretapi, adalah tanah negeri.

"Mana-mana pihak tidak boleh membuat sebarang urusniaga atau sebarang urusan ke atas tanah tersebut.

"Kerajaan negeri berpendirian bahawa peringatan ini perlu dibuat agar hak dan kepentingan rakyat terhadap aset ini terjamin," katanya.

Post Tag: Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

Ulasan