MB S'gor anggap saman untuk air percuma 'satu ujian'

Menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengalu-alukan saman oleh lebih 700 pengguna bekalan air di negeri itu yang menuntut ganti rugi atas dakwaan gagal menerima subsidi air percuma.

Khalid berkata, tuntutan ganti rugi berjumlah hampir RM500,000 itu dianggap sebagai ujian ke atas syarat bagi subsidi yang ditawarkan kerajaan negeri.

"Kes ujian ini akan memberi satu pandangan mahkamah tentang kebajikan. Contohnya pemberian BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia).

MB S'gor anggap saman untuk air percuma 'satu ujian' Menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengalu-alukan saman oleh lebih 700 pengguna bekalan air di negeri itu yang menuntut ganti rugi atas dakwaan gagal menerima subsidi air percuma.

sponsored links


"Jika orang tidak ikut syarat-syaratnya, adakah orang yang tidak mengikut syarat itu akan dibenarkan peruntukan itu?

"(Jadi) kita percaya perkara ini perlu dibincangkan di mahkamah," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini.

Dilaporkan, seramai 711 pengguna air di Selangor memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi daripada Khalid atas kegagalan menerima subsidi air percuma.

Penduduk di kawasan Shah Alam itu juga menamakan kerajaan Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd sebagai defendan.

Kumpulan penduduk berkenaan memfailkan saman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Shah Alam pada pukul 9.30 pagi melalui Tetuan Kamarudin & Partners dan ia akan disampaikan kepada kerajaan negeri dalam dalam tempoh seminggu.

Post Tag: Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

Ulasan