Langat 2: Noh dakwa S'gor terus kelirukan rakyat

Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar hari ini membidas kerajaan Selangor yang didakwanya terus mengelirukan rakyat berhubung isu pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.

Katanya isu itu tidak ada kaitan dengan urusan pengambilalihan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) oleh kerajaan Selangor seperti yang didakwa seorang exco kerajaan negeri tersebut.

"Itu urusan syarikat, urusan mengambil alih syarikat. Loji Langat 2 ini apa kaitannya dengan urusan pengambilan syarikat? Ia projek yang kerajaan sudah rancang sejak tahun 2000 ketika krisis air di Selangor," katanya kepada pemberita di Serdang, Selangor.

Langat 2: Noh dakwa S'gor terus kelirukan rakyat Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar hari ini membidas kerajaan Selangor yang didakwanya terus mengelirukan rakyat berhubung isu pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.

Beliau mengulas kenyataan Dr Xavier Jayakumar yang mendakwa pembinaan loji itu tidak akan dapat dilaksanakan selagi kerajaan pusat tidak bersetuju dengan syarat yang ditetapkan kerajaan Selangor dalam urusan mengambil alih Syabas.

sponsored links


Kenyataan Jayakumar itu adalah respon kepada laporan yang memetik Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai berkata, tender pembinaan loji terbabit akan dikeluarkan dalam masa terdekat walaupun tidak mendapat kelulusan perintah pembangunan daripada kerajaan Selangor.

Mengulas lanjut, Noh yang juga menteri pertanian dan industri asas tani berkata kerajaan Selangor menerusi pemimpinnya seringkali memberi alasan berbeza setiap kali isu pembinaan loji dibangkitkan.

Loji Air Langat 2 dijangka dapat memastikan lapan juta penduduk di kawasan berkenaan mendapat bekalan air yang mencukupi dan berterusan dari tahun 2014 sehingga 2025 tanpa perlu membina loji rawatan air tambahan.

- Bernama

Post Tag: Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

Ulasan