Lalalalalala Alhamdulillah Hujan turun ke bumi Balik Pulau

Assalamualaikum, is asyik copy paste berita je so rindu lah jari jemari is nie nak tekan bebutang keyboard nak cerita kat korang apa yang terjadi pada is sekarang nie.

Sekarang nie hujan sedang turun, habih tak nampak apa (lebat la tu) kata orang2 utara. Alhamdulillah rezeki dilemparkan sekali lagi ke atas bumi bertuah Balik Pulau walaupun kami disini Melayu hampir terpinggir akibat pembangunan yang dijalankan oleh orang2 yang tak suka perkampungan Melayu terus-terusan membiak disini.

Lalalalalala Alhamdulillah Hujan turun ke bumi Balik Pulau

sponsored links


Hujan oh hujan, didoakan oleh setiap makhluk Allah S.W.T setiap waktu agar turun ketempat kami, agar diberi kan kami rezeki yang melimpah ruah, agar tanaman kami segar, dan hidup, agar sungai dan telaga kami tidak kering kerana kurangnya air, agar tanah kama subur tidak kontang, maka sesungguhnya hujan adalah satu Rahmat Allah S.W.T yang amat besar pada kami, sekelian alam.

Bukan musibat atau bencana alam ataupun mala petaka mahupun azab serta kebinasaan apabila hujan ini turun bagaikan menggila menerjah kesetiap ruang atas muka bumi ini, tetapi semata-mata Rahmat Allah S.W.T kepada hambaNYA yang tercinta, walaupun kawasan ini ada yang engkar serta menolak suruhanNYA. Tak pernah lagi kita dengar bukan Islam mati kebuluran tak makan disebabkan tiada rezeki yang diberikan oleh Allah S.W.T, semuanya ada rezeki masing2.

Post Tag: Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

Ulasan