K'jaan peruntuk RM100j bantu 428 sekolah mubaligh

Kerajaan memperuntukan sebanyak RM100 juta untuk membantu 428 sekolah mubaligh di negara ini, termasuk di Sabah dan Sarawak, kata Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini.
 
Beliau berkata dana khas itu bertujuan membantu sekolah berkenaan mendapat kemudahan yang lengkap untuk suasana pembelajaran yang lebih baik kepada pelajar.


Kerajaan memperuntukan sebanyak RM100 juta untuk membantu 428 sekolah mubaligh di negara ini, termasuk di Sabah dan Sarawak, kata Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini.


sponsored links


"Ini satu pengiktirafan dan penghormatan kepada sumbangan sekolah mubaligh terhadap pembangunan pendidikan dan pembinaan negara oleh kerana sememangnya ramai pemimpin masyarakat mahupun pemimpin negara termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melalui sistem sekolah mubaligh ini," katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian Dana Khas Belanjawan 2012 kepada Sekolah-sekolah Mubaligh Johor dan Melaka di SMK Convent, di Segamat hari ini.
 
Koh berkata di Zon Selatan sendiri iaitu Johor dan Melaka, sebanyak RM7.6 juta diperuntukkan untuk membantu 37 sekolah mubaligh.

- Bernama

Aik ada pulak duit nak bagi kat sekolah mubaligh nie, yang sekolah Agama Islam Rakyat korang nak runtuhkan, kalau yang takdak premit lagi korang sodok teruk apa cerita?


Post Tag: iskandarX Society Nuffnang Advertlets Google AdSense Bidvertiser Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

Ulasan