Isteri mana tak marah suaminya gunakan wang simpanan beli pesawat buruk dan bukanya beli Ferrarri?

LONDON: Seorang isteri berang apabila suaminya membelanjakan wang simpanan mereka untuk membeli jet pejuang, sekali gus menghancurkan impiannya memiliki kereta Porsche terpakai.

Pasangan suami isteri itu bertengkar apabila Mustafa Aziz menggunakan wang mereka sebanyak 6,995 (RM33,839) bagi membeli jet pejuang MiG 15.

Jet buruk itu pernah digunakan tentera udara Iraq ketika negara berkenaan berada di bawah penguasaan Saddam Hussein.

Selepas membeli jet buatan Republik Czech itu, Mustafa, 45, terpaksa mengaku kepada isterinya Mamu, bahawa ia tidak boleh terbang lagi.

Malah, tidak banyak yang boleh dimanfaatkan pada jet berkenaan.

Mempunyai hobi mengumpul barang kenang-kenangan berkaitan pesawat, Mustafa berkata, Mamu, 32, memang meradang kerana tidak bersetuju dia membeli jet berkenaan.

“Malah dia menganggap saya bodoh,” katanya kepada media, semalam.

Bagaimanapun, kata Mustafa, dia “bersyukur” kerana isterinya itu “wanita yang sangat memahami.” Kali terakhir jet MiG 15 itu terbang ialah pada lapan tahun lalu.

Ia diimport ke Britain oleh seorang lagi peminat pesawat kenalan Mustafa.

Disebabkan saiznya terlalu besar untuk garaj rumah Mustafa di Wallington, London Selatan, jet itu hanya diletakkan di luar rumah. Ia hanya menjadi tempat simpan kokpit pesawat Hawker Siddeley HS125 dibeli Mustafa sebelum ini. - TS




Post Tag: iskandarX Society Nuffnang Advertlets Google AdSense Bidvertiser Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

Ulasan