SINGAPURA: Seorang jururawat pergigian menyaman Pengarah Pacific Healthcare Holdings (PHH), Benny Kwan atas dakwaan gangguan seksual.
Dia mendakwa Kwan berulang kali mengganggunya supaya bertemu janji.
Menurut The Straits Times, Mardiana Sarifudin, 31, turut membawa majikannya, Pacific Healthcare Specialist Services (PHSS) dan syarikat induk, PHH ke mahkamah kerana gagal melindunginya dan memastikan tempat kerja yang bebas gangguan.
Dia meminta injuksi mahkamah terhadap Kwan yang cuba menghubunginya mellalui telefon atau dengan cara lain.
Akhbar harian berbahasa Inggeris itu melaporkan gangguan itu berlaku selama sembilan bulan sejak September tahun lalu. Ibu tunggal dengan anak yang bersekolah itu mendakwa Kwan sering datang ke klinik tempat dia bekerja di Jalan Orchard dan berusaha mengancam kerja dan pendapatannya.
Dia mendakwa memberi nombor telefonnya kepada Kwan September tahun lalu atas permintaan lelaki itu kerana percaya ia berhubung dengan hal kerja. - Straits Times
Ingat dah jadi bos boleh buat suka-suka hati ke kat pekerja bawahan dia?
Post Tag: Nuffnang Advertlets Google AdSense Bidvertiser Santai Berita Jenayah Luar Negara Bodoh Pelik Gila
Ulasan
Catat Ulasan
Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.