Bekas pesuruhjaya Suhakam sokong Suaram

Sebuah organisasi yang dianggotai bekas pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyuarakan sokongannya kepada Suaram, serta menyeru kerajaan BN berhenti menakut-nakutkan NGO hak asasi manusia itu.

Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya tidak membuat kenyataan yang tidak berasas tetapi menjalankan penyiasatan yang adil dan telus terhadap perakaunan kewangan dan keperluan undang-undang lain Suaram.

"Agensi itu mesti menjalankan siasatan, penuh, menyeluruh dan saksama serta mengumumkan laporan itu, untuk rakyat menilai integritinya," kata Proham dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.



Bekas pesuruhjaya Suhakam sokong Suaram Sebuah organisasi yang dianggotai bekas pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyuarakan sokongannya kepada Suaram, serta menyeru kerajaan BN berhenti menakut-nakutkan NGO hak asasi manusia itu.


sponsored links


Ia menegaskan bahawa menerima pembiayaan dari mana-mana sumber yang sah untuk promosi dan perlindungan hak asasi manusia, tidak boleh dianggap menyalahi undang-undang atau anti-nasional dalam apa cara jua.

Proham menegaskan bahawa dana asing telah diperolehi bukan sahaja oleh pertubuhan sukarela dan masyarakat sivil tetapi juga oleh kerajaan.

"Perlu dinyatakan bahawa kerajaan sendiri menerima bantuan dan pinjaman untuk tujuan pembangunan kebajikan yang sangat asing dan pinjaman untuk tujuan pembangunan, antaranya Bank Dunia, ADB dan IDB.

"Namun, kerajaan tidak pernah mengkompromikan integriti dan kedaulatannya. Soalan kami, mengapa pihak berkuasa mesti melihat secara berbeza pembiayaan asing yang diterima oleh Suaram?" soalnya.

Post Tag: Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

Ulasan