Gila apa cikgu dari Scotland nie mengaku bunuh gadis kerana xnak datang kerja?

Pura-pura sakit, urusan keluarga yang penting atau menghadiri pernikahan kerabat adalah bermacam-macam alasan yang biasanya digunakan orang untuk medapatkan izin untuk tidak masuk kerja, tapi alasan yang digunakan oleh seorang guru berusia 42 tahun asal Scotland berikut ini benar-benar diluar akal sihat.
Derek McGlone, seorang guru terkenal di Sekolah Tinggi Calderhead di Scotland membuat alasan bahawa dirinya baru saja melanggar seorang gadis hingga tewas, hanya untuk mendapatkan izin untuk tidak masuk kerja.



Berdasarkan laporan Telegraph, pada sidang 1 Ogos lalu oleh General Teaching Council Scotland (GTCS), McGlone mengaku beberapa kali berbohong di antara bulan Jun 2008 sampai Mei 2011.
Dan alasan paling mengerikan yang ia berikan kepada para pejabat sekolah, adalah bahawa dia baru saja melanggar seorang gadis kecil dengan keretanya, menurut UPI.
“Dia mengatakan bahawa roda keretalnya melindas tubuh gadis itu,” tulis kepala sekolah Calderhead, Joyce Kilmartin dalam sebuah pernyataan rasmi.

Pada kesempatan lain, McGlone menelefon dari rumahnya di Glasgow, mengatakan bahawa ia terjebak dalam awan abu vulkanik di Ireland.

Setelah menemukan bahawa beberapa koleganya di Calderhead telah membuat pernyataan atas tindakannya ke GTCS pada bulan April 2011, McGlone mengeluarkan kata-kata kasar pada akaun Facebooknya. Dia mengakui kepada panel Dewan bahawa ia menyebut rakan kerjanya sebagai “Pelacur” dan menulis bahawa dia akan “memburu mereka,” menurut Scottish Sun.

Menurut laporan Mirror, McGlone mengundurkan diri akhir tahun lalu, tapi sekarang mengatakan bahawa dia ingin kembali mengajar.

“Saya tidak boleh memberi penjelasan yang masuk akal atas tindakan saya,” katanya kepada Dewan, sambil menambahkan bahawa ia malu dan menyesal atas perbuatannya tersebut.

Panel sidang menyimpulkan bahawa perilaku McGlone membuatnya tidak memenuhi standard yang diharapkan dari seorang guru. Ia menerima teguran yang akan tetap dalam catatannya selama 12 bulan.

Ulasan