Biar betoi ketiak terbakar nie pakai deodoran?

Seorang wanita warga British sedang mengambil tindakan hukuman setelah mengatakan sebuah produk deodoran membuatnya mendapatkan luka bakar tingkat dua.

Stacey Robinson, mengalami sakit yang menyeksakan serta menyengat ketika pertama kalinya ia menggunakan Sanex Zero% anti-perspirant.

Ia kemudian mencuci bekas semburan dari produk deodoran yang mengatakan untuk orang dengan jenis kulit sensitif dan untuk menjaga kulit sihat, tetapi rasa sakit tidak juga hilang.



Dikutip dari TheSun, Stacey terkejut apabila mendapati bahawa ketiaknya ternyata mengalami luka bakar akibat memakai deodoran itu.

Pembantu peribadi berusia 34 tahun yang tidak pernah mengalami reaksi alahan terhadap deodoran itu kemudian pergi ke doktor, yang kemudian memberikann krim steroid untuk bahagian yang luka.

"Doktor saya terkejut apabila melihat keadaan saya, dan mengatakan itu kelihatan seperti luka bakar tingkat dua akibat bahan kimia. Ketiak saya harus dibuat tidak tertutup agar luka bakar di kulit itu dapat segera sembuh. "Tutur wanita asal Shoreditch, London Timur itu.

Dia menambah bahawa dirinya merasa kesakitan setelah menggunakan deodoran itu, dan ia bahkan tidak mempunyai kulit yang sensitif.
Dodoran itu dihasilkan oleh Sara Lee, sebuah jenama yang dimiliki oleh Colgate-Palmolive.

Syarikat tersebut dikecam oleh Pihak Berkuasa Standard Pengiklanan pada March lalu atas iklan menyesatkan yang menyimpulkan bahawa gel mandi mereka berada di kisaran sifar peratus dan tidak mengandungi bahan kimia buatan manusia.

"Kami melihat luka yang dialami pelanggan kami, dan bagaimana boleh hal itu disebabkan oleh produk kelengkapan mandi yang mendakwa mempromosikan kulit yang sihat." Tutur Jill Paterson, peguam Stacey dari firma undang-undang Leigh Day & Co.

Sementara itu, seorang jurucakap Sanex mengatakan bahawa mereka memperlakukan semua aduan dengan serius dan sedang menyiasat kes ini lebih lanjut.

Ulasan