Taknak kena tikam jangan nikah kat Siam ok?

PADANG BESAR: Seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar parah ditikam bekas suami wanita yang dinikahinya di Pekan Siam, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang, mangsa berusia 55 tahun parah di badan akibat ditikam seorang lelaki selepas majlis akad nikah dia dan wanita berkenaan selesai dijalankan.

Akibat tikaman itu, mangsa yang baru beberapa bulan bertugas di Unit Peronda IPD Kangar dikejarkan ke klinik pekan sempadan itu, namun kemudian dirujuk ke Hospital Hatyai, Thailand apabila keadaannya semakin parah.

Sumber polis Thailand berkata, mangsa ditikam di Pekan Siam oleh seorang lelaki, dipercayai bekas suami wanita yang dinikahinya.


“Pihak berkuasa Thailand di Pekan Padang Besar mengenal pasti suspek dan gerakan memburu dilakukan.

“Kita belum mengenal pasti sama ada wanita berkenaan orang tempatan (Thailand) atau luar,” katanya di sini, semalam.


Sementara itu, Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Zull Aznam Harun ketika dihubungi mengesahkan seorang anggotanya ditikam di selatan Thailand.

“Saya mengarahkan Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros dan Timbalan Ketua IPD Kangar, Deputi Superintendan Ismail Che Isa ke Hatyai bagi mendapat laporan lengkap mengenai kejadian itu.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada mangsa memasuki negara jiran itu untuk berkahwin.

“Saya dimaklumkan, anggota kami parah ditikam seorang lelaki di Pekan Siam, tetapi maklumat lengkap belum diperoleh. Anggota berkenaan bertugas di Unit MPV Kangar.

“Anggota berkenaan memasuki pekan sempadan atas urusan peribadi dan bukan pada waktu bertugas. Kami tidak tahu dia menyeberangi sempadan atas urusan pernikahan.

“Kami masih menunggu laporan dua pegawai (Che Man dan Ismail) yang diarahkan ke Hatyai,” katanya.

Sementara itu, Konsul Besar Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan ketika dihubungi mengesahkan, anggota polis berkenaan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Nagarind, Hatyai dan keadaannya dilaporkan stabil.

“Mangsa masih tidak sedarkan diri akibat beberapa tikaman di badan,” katanya.


sumber : myMetro

is baru cadang nak cari calon isteri kat Siam tapi ada pulak kes kena tikam so xnak lah cari kat sana hahahahahaahaha

Ulasan