Susu Termahal Didunia Susu Tikus

Mengapa  boleh mahal ? Ternyata tidak semudah memperolehi "Susu Tikus". Proses selama 30 minit cuma menghasilkan 0,25 kubik sentimeter @ seperseribu liter. Diperlukan 4 ribu ekor tikus untuk mendapatkan 1 liter susunya. Nilai 1 liter susu tikus ini seharga 23 ribu euro.

Susu tikus dipakai sebagai sarana riset. Genetik tikus diubah sedemikian rupa sehingga di dalam susunya terbentuk zat yang dapat membasmi bakteria malaria. Kenapa para pengkaji memakai susu tikus dan bukannya susu lembu, yang jauh lebih murah?



Tikus adalah haiwan kesukaan para pengkaji saintis, kerana DNA tikus sudah begitu banyak diketahui, jauh melebihi DNA haiwan lainnya. Sehingga menjadi mudah menganalisis hasil percubaan. Ribuan haiwan diperlukan untuk sekali percubaan. Sebab itu jauh lebih praktik memelihara ribuan tikus daripada ribuan lembu.

Seekor lembu mampu menghasilkan sekitar 10 ribu liter susu dalam tempoh setahun. Ini setara dengan 7 kali berat badannya. Kambing sanggup menghasilkan susu 12 kali berat badannya per tahun.

Rekor terbanyak dipegang oleh ikan paus biru. Dalam waktu satu hari dia mampu menghasilkan 600 liter susu. Yang begitu penuh lemak, sehingga bayi sang ikan paus mampu menambah berat badan sampai dengan 100 kg per hari.

Ternyata susu tikus yang telah dilakukan pengubahan genetikanya dapat menyembuhkan penyakit malaria dan sebagai bahan kaji para pengkaji, makanya mahal.

Ulasan