Makanan Tengahari pilihan iskandarX 3

Hari nie makanan tengahari pilihan is adalah AYAM BURMA. AYAM BURMA nie ringkas, rasa kari sikit serta senang dimasak sedap dimakan, macam iklan Mee Maggi la pulak hehehe. Resepi dan gambar adalah daripada blog abang Mat Gebu.

Korang tengok gambar pun mesti dah terliur kan? is pun sama janji masakan itu berasaskan lauk ayam, memang is bantai punya tak kira sedap tak sedap belakang kira. Janji ayam, is sebat punya. Korang nak resepi nie? Boleh tengok kat bawah nie ok:



Hari nie makanan tengahari pilihan is adalah AYAM BURMA. AYAM BURMA nie ringkas, rasa kari sikit serta senang dimasak sedap dimakan, macam iklan Mee Maggi la pulak hehehe. Resepi dan gambar adalah daripada blog abang Mat Gebu.



BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram ayam, potong pada saiz sederhana, cuci bersih dan toskan*
3 camca besar sos tiram*
1/2 camca teh serbuk kunyit*(*disatukan, gaul rata dan perap 20 minit)
1 camca besar rempah kari daging (mat guna rempah Baba's)
1 cawan air
1 kiub pati ayam
1 biji tomato, belah 4
15 helai daun pudina
Secubit gula

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah, buang bijinya
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 cm halia
1 batang serai, hiris halus

sponsored links


CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan bahan kisar halus dengan serbuk kari. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar + serbuk kari tadi hingga harum, masukkan ayam, gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut. Tuang air, kacau dan masak dengan api sederhana hingga mendidih.
Masukkan pati ayam (hancurkan) dan secubit gula. Kacau dan masak hingga pekat. Akhir sekali masukkan tomato dan daun pudina, kacau rata, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat..

Ok, resepi dah dapat, terima kasih kepada abang Mat Gebu sebab sharekan resepi yang tahap otai master Cheif nie, kalau korang masak jangan lupa jemput is datang merasa hehehehe leh is sharekan dalam blog is nie nanti kat segmen interview bermasa rakan-rakan blogger nanti ok?

Post Tag: Santai | makanan tengahari pilihan iskandarX

Ulasan

  1. tengok pix mcm sedap....rasanya xtaw lagi ..haha.is pandai masak ek???

    BalasPadam
  2. Pergh...boleh gugat iman neh...kecur liur...

    BalasPadam
  3. is tak lah pandai sangat memasak, ala kadar boleh lah, biasalah bujang senang, heheheh, jangan tergugut iman try masak skali hehehhe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.