Laa kerja awai 15 minit pun kena pecat ka?

Seorang remaja , Sam Green Jeffries (15 tahun), bergegas bangun untuk melakukan pekerjaannya sebagai penjual suratkhabar. Jam 6.45 dia sudah berkeliling dengan sepeda kesayangannya, melempar surat khabar di depan rumah pelanggan-pelanggan setianya. Kegiatan ini dilakukan Sam sebelum berangkat ke sekolah.

Suatu hari, Nyonya Green Jeffries (ibu Sam) mendapat surat panggilan dari Pejabat Tenaga Kerja Anak di Worcestershire County Council. Beliau terkejut kerana mendapat teguran keras: mengizinkan salah seorang anaknya - Sam - bekerja 15 minit lebih awal dari waktu yang dijadualkan / diperbolehkan oleh undang-undang ketenaga kerja khusus anak-anak.








"Saya sudah mendidik anak-anak saya untuk bekerja keras dan menghargai waktu sedari usia begini. Saya tidak ingin mereka kelak menjadi seperti remaja-remaja zaman sekarang yang hanya boleh menimbulkan masalah bagi keluarga dan orang lain..." Alasan yang sangat masuk akal.

Namun undang-undang (UU) tetap melarang Sam untuk bekerja sebelum jam 07.00 pagi. Sam menyerah, kerana kalau dia mula bekerja jam 07.00 bererti dia akan terlambat tiba di sekolah. Dia pun dipecat kerana mula kerja 15 minit lebih awal.

Banyak pelanggan Sam yang akhirnya mengajukan protes ke Pejabat Tenaga Kerja, meminta agar undang-undang tersebut ditinjau kembali dan disesuaikan dengan akal sihat. Mereka berpendapat, Sam akan memberikan contoh dan teladan bagi anak-anak lain seusianya; bekerja keras, menghargai waktu dan disiplin.

Dewan Kota akan mempertimbangkan untuk melakukan kajian semula, hanya saja, hasilnya baru akan muncul pada tahun 2012 atau 2013.

Berikut UU yang harus dipatuhi bagi anak-anak yang ingin bekerja di usia dini:


  1. Setiap perusahan mempekerjakan anak di bawah 16 harus mengetahui undang-undang ketenaga kerja anak.
  2. Usia anak yang dipekerjakan harus 13 tahun atau lebih, dan disahkan dari ketua RT setempat (ketua RT adalah terjemahan bebas)
  3. Anak harus mengajukan permohonan izin kerja dari ketua RT setempat dan surat keterangan sihat dari hospital
  4. Anak usia di bawah 16 tahun hanya boleh bekerja pada waktu 07:00 - 19:00.
  5. Anak usia di bawah 16 tahun berhak mendapatkan 2 minggu cuti di musim panas


Di satu sisi, UU ini bagus untuk perkembangan anak, di sisi lain, mungkin benar kata pelanggan Sam... B


Ulasan