Kenapa perlu pukul serta belasah isteri?

Assalamualaikum w.b.t, dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog is dan kawan2 sekalian. Tajuk is hari nie kalau baca sekali lalu memang boleh naik berang, Kenapa perlu pukul serta belasah isteri? kan? Tapi bukan maksud is is suruh korang pukul serta belasah isteri. tajuk is tu adalah satu persoalan kenapa perlu dipukulnya isteri itu? Tak boleh selesaikan dengan cara lain kah?

Kalau yang baca entri is yang jenis panas baran mesti dia ingat is suruh pukul, tapi kalau yang tak tahu apa2 mesti ingat is buat entri keganasan, kalau yang berilmu serta mengaji agama banyak mesti dia fikir is buat entry persoalan. Jadi isterangkan disini terus lah. Kita ambik balik kisah serta sempadan dan tauladan yang disebutkan secra jelas didalam Al-Quran, kisah Nabi Allah Ayob A.S. dengan isterinya.


Begitu hebat baginda diuji, dan duga kenabian serta Kearasulan baginda. Memula diuji dengan Iblis menolak serta meruntuhkan dinding serta binaan rumah baginda yang tersergam indah dan kukuh lagi dibina daripada batu bata yang amat kukuh dan keras, lalu batu bata tersebut juga menghempap serta menindihkan sekalian anak-anaknya baginda Nabi Ayob itu. Lalu kesemuanya mati disitu juga.

Allah S.W.T menguji baginda dengan hebat, tamparan daripada itu baginda masih lagi juga bersyukur kepada Allah S.W.T. yang lebih menyayangi lagi akan anak-anaknya daripada nya sendiri. Diuji sekali lagi, dengan mencabut segala rezeki serta kemewahan, masih juga baginda bersabar, dan ujian yang paling hebat pun bermula. Baginda diuji dengan terkenanya penyakit kulit, sehinggakan baginda rupa paras baginda yang dahulunya kacak, kulit yang dahulunya licin, bdadan yang dahulunya tegap dan sasa menjadi buruk, berkerutu, bernanah, dan lemah.

Isteri baginda masih juga tetap setia kepada baginda, lalu kisah baginda Nabi Allah Ayob ini terbitnya hukum bercerai, bukan saja2 nak bercerai, baginda melepaskan isterinya untuk mencari kepada yang lebih baik di dalam hidup isterinya. Isterinya datang dan menuntut hak untuk kebaikkan yang lebih baik terhadap dirinya, yang difikirkan kepada dirinya itu berasa rugi kerana terpaksa taat serta menjaga nabi Allah Ayob yang sedang uzur ketika itu, maka dengan perintah Allah S.W.T., nai Allah Ayob melepaskan isterinya dengan rela hati.

Sepermergian isterinya, nabi Allah Ayob A.S., berdoa kepada Allah S.W.T agar diberikan semula segala kekuatan dan tenaga dan pemulihan kepadanya agar dapat baginda meneruskan segala kerja buat sebagai rasul. Lalu Allah S.W.T memerintahkan supaya, Nabi Allah Ayob A.S., agar menghentakkan kakinya ditanah, lalu terpancutnya air mata air daripada kesan hentakkan kaki baginda, dilalu diperintahkan juga oleh Allah S.W.T agar Nabi Allah Ayob A.S, supaya mandi, minum dan ambik air sembahyang daripada air yang memancutitu. Setelah mandi, minum dan selelsai solat, segala kekuatan diberikan semuala, segala penyakit baginda disembuhkan semula, setelah itu juga baginda semula membina rumah baginda yang telah roboh itu.

sponsored links


Walaupun bekas isteri baginda Nabi Allah Ayob A.S sekarang telah bebas, tetapi cinta kepada Allah S.W.T dan rasul dan juga suaminya itu kuat, lalu bekas isterinya pulang semula kerumahnya dahulu, dilihatkan ada jejaka tampan dan gagah perkasa sedang membina rumahnya yang telah roboh itu, lalu ditanya siapakah dia, lalu jawabnya, aku Nabi Allah Ayob A.S, lalu diturunkan perintah juga oleh Allah S.W.T, oleh kerana bekas isterinya baginda Nabi Allah Ayob A.S., hendak pulang kepangkuan baginda, agar baginda menghukum bekas isterinya dahulu dengan merotan sebanyak 100 kali.

Baginda merasakan perintah itu agak keterlaluan, lalu baginda memohon agar perintah itu diringankan sedikit, Allah S.W.T memerintahkan agar  baginda mencari rumput sebanyak 100 pokok lalu diiatkan bersama dan dipukulnya kebadan isteri baginda, baginda pun melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T itu, mereka pun bernikah semula dan menjalani kehidupan yang aman damai semula.

Begitu juga kita semua korang tau tak, apa apa pun berdoalah kepada Allah S.W.T, solat hajat minta pertunjuk sebelum menghukum isteri walaupun dia jahat sepertimana pun, jangan sesekali menghukum terus, bukan kita berada di martabat ketuhanan untuk menghukum. Wawahualam, is cuma murid.

Post Tag: Santai

Ulasan