is nak tukar line daripada streamyx ke broadband

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada pembaca blog is yang setia dan budiman. is seperti tajuk diatas (cewah macam surat rasmi pulak), is nak tukar streamyx ke broadband.

Xkisahlah Digi ke, Hotlink ke, Celcom ke, U-Mobile ke apa ke, tapi yang pasti nak nak tanya kalau Unifi 20MB no limit kalau is pakai brand yang is sebut tadi adakah speed dia boleh tewaskan Unifi? Adakah stabil (maksud is adakah broadband line macam streamyx gak ada ka tadak walau pun slow tetap ada line?) adakah macam tu atau pun pakai sebanyak mana kita guna macam 3g tu?



Kalau boleh is tak nak la line macam 3g tu pay-as-you-use, mati is, buka youtube walaupun xplay video tetap kena charge gak, mau dok botak kepala is dibuatnya. is tengok Hotlink speed up to 42, yang lain2 pun laju gak tapi is tak tahu nak pakai yang mana sebab is nak letak kat kedai cybercafe is nie.  Kedai is area Balik Pulau, Pulau Pinang, Malaysia, Planet Bumi, Sistem Solar, Galaxy Bimasakti.


Korang ada pendapat tolong komen kan dibawah entri nie yerk?

Ulasan