Bunuh Diri ramai-ramai kerana sesat ajaran

Didirikan pada akhir tahun 1970-an, di bawah kepemimpinan Jim Jones, aliran pemujaan ini hidup menyendiri terpisah dari dunia di sebuah hutan di Amerika Selatan. Kejadian ini berlaku pada tahun 1978, anggota kongres Amerika, Leo Ryan, mengunjungi wilayah Jonestown dalam misi mencari bukti

Ketika Ryan akan meninggalkan Jonestown, lapan belas anggota aliran pemujaan ingin meninggalkan aliran pemujaan itu cuba mengikut Ryan dan akibat inilah permulaan rusuhan terjadi. Anggota aliran pemujaan melepaskan tembakan kepada mereka yang cuba meninggalkan aliran pemujaan itu.

Anggota kongres Ryan, tiga orang wartawan, dan seorang anggota aliran pemujaan yang cuba lari, terbunuh. Sebelas orang cedera. Beberapa jam setelah kejadian, pemimpin aliran pemujaan memerintahkan anggota-anggotanya untuk melakukan bunuh diri beramai-ramai dengan meminum potasium sianida.Bayi dibunuh dengan racun yang dimasukkan ke mulut dengan sedutan. Setelah itu, lebih dari sembilan ratus orang, termasuk kanak-kanak, meracuni diri mereka sendiri.











Ulasan