Wishlist is hari ini ialah Samsung Galaxy Note 10.1

Assalamualaikum w.b.t, korang pun tentu ada wishlist atau benda idaman yang korang ingin untuk memiliki, macam tu gak lah dengan is. Bukan is nak mengidam tapi memang is nak memiliki Samsung Galaxy Note 10.1 nie pasal function2nya adalah istimewa dan ideal dengan ability blogging is nie (heheheheehe).

Ialah macam dalam iklan lah, nak dapat idea nak blogging bukan senang kan? Dalam iklan Samsung sendiri designer dan manager guna Samsung Galaxy Note 10.1, sebab idea tu ada dimana-mana sahaja dipersekitaran kita semua. Bila dapat idea kalau ada notebook pun tak guna dah, tara nak buka notebook tunggu dia loading windows lambat idea dok hilang secara perlahan2.

Wishlist is hari ini ialah Samsung Galaxy Note 10.1
Kalau ingat balik pun dah tak dak maknanya, idea tu dah orang lain utarakan sudah. is pun kekadang jadi macam tu lah, bila is on-mobile (is keluar dari base is) jalan2 makan angin ka atau beli spare part pc dan printer, kekadang idea untuk blogging nie tetiba ada depan mata, memang rugi lah masa tu kalau setakat nak blogging pakai Blackberry nie. Kadang-kadang nafsu blogging datang secara tiba-tiba, lagi naya, gambar best2 dok depan is nie, dah la kamera Blackberry is rosak, nak snap tak leh nak pinjam orang punya bertuah lah badan kalau dapat.

Itu sebab is kepinggin bukan kepalang lagi nak memiliki sebuah Samsung Galaxy Note 10.1 nie, dan bukan saja-saja is nak berlagak seperti setengah-setengah orang tu (bukan semua ok?). Ok jom kita tengok review is pasal Samsung Galaxy Note 10.1 nie ok?

Baca review kat sini ok? iskandarX Society Review samsung galaxy note 10.1

Ulasan