Makanan Tengahari Pilihan iskandarX 1

Assalammualaikum w.b.t, dan Salam Sejahtera. Apa khabar semua seluruh pembaca setia blog is nie? Diharap korang semua sihat sejahtera dan sihat waala afiat disamping keluarga tersayang.

Hari nie is bangun lambat sebab semalam is balik dari kedai is pukul 4 pagi dok setting kabel2 tak guna tu, memenatkan dan meletihkan sebab punca bukan is punya kesilapan teknikal tapi pencawang TM kena panah kilat, haru biru betui, dah berapa dah is rugi sehari bila internet tadak nie, customer semua bukan nak main sangat game, seuua nak pakai internet.

Dah memang dorang advance, eh merepek pulak is nie kan? Tak der lah saja geram jari jemari is nie dia nak senaman kan diri dia setelah lama tak taip menaip bebanyak sejak Raya AidilFitri nie. Ok Tengahari nie tadi is lapaq bukan kepalang lalu is menuju ke Kedai Pak The Haji Kassim Corner, kat sebelah dia ada jual nasi ayam. Perrrghh bau nasi dia bau bawang memang dok menyengat hidung is nie semasa is kat atas jalan raya lagi nie(punya la nak mohong dia nie).


sponsored links


Is berhenti beli kat situ, sekali is cakap kat akak tu, menantu Pak Kassim, bini Abang Kamal (sepupu is), akak nasi ayam, nasi lebih, ayam doubled kasi pedas dia berapi, kuah sup skit2 je, kicap tamao. Hahahaha pelik dak is order macam tu? Alah tegal biasa dorang semua dah sememangnya kenal is dari dulu lagi suka order yang bukan2, sekali dia kata ok sila duduk dulu.

Sambil tunggu nasi ayam is order Radik Ais bungkus ikat tepi dan juga topup rokok Gudang Garam sekotak memandangkan rokok is masa tu tinggal 3 batang memang tak cukup punya sebab is nie "Rengkong Kalih"(perokok tegar). Siap air dan nasi ayam is bayar kat Pak Kassim dan akak tu terus start moto dan menuju ke kedai is dengan bangganya, sebab apa bangga sebab is beli nasi ayam special tadak sapa reti beli macam tu hahahahahahahahaaaaa.

Post Tag: Santai

Ulasan