Adakah patut tergamak siram kanak-kanak dengan minyak panas kerana habiskan makanan?

TRIBUNNEWS.COM - Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Singapura disiram minyak panas oleh keluarganya kerana menghabiskan seluruh makanan di rumah. Demikian diberitakan Sin Chew Daily dan Nanyang Siang Pau, minggu ini.

Kejadian itu berlangsung antara Januari dan Februari di sebuah flat di Ang Mo Kio. Pasangan masing-masing berusia 44 dan 45 beserta tiga anak perempuannya berumur 14 tahun, 20 tahun, dan 24 tahun, dikenai dakwaan berkait dengan kes ini.


Dalam laporan itu disebutkan, perempuan berusia 44 tahun itu meminta anaknya yang berumur 14 tahun memegang kanak-kanak itu ketika ia menyiramkan minyak panas ke tubunya.

Si gadis itu mengaku bersalah, Khamis lalu, di pengadilan. Ia mengatakan dirinya merasa bersalah namun tidak berani menentang keinginan ibunya. Kes ini kembali akan disidangkan.

Kanak-kanak itu terpaksa tinggal dengan sanak keluarganya kerana sang ibu mendekam di penjara dan ayahnya sudah meninggal dunia.

Post Tag: Santai Berita Jenayah Bodoh Pelik Gila

Ulasan