Tips nak elakkan blog atau website korang kena mark malware atau hacker


Tajuk nie walau pun korang pernah baca tapi ini is nak ceritakan pengalaman is pasal Google safe browsing nie.

Google search engine memang tak berapa suka pada blog yang mengguna kan platform serperti wordpress pasal apa? Pasal wordpress kan open source, leh self-hosting kat mana-mana hosting, pacak file, terus upload apa yang patut tadaaa.. dah siap blog wordpress hanya perlukan 20minit hingga 30 minit je, kalau nak yang cantik menarik tertarik, belek lagi wordpress tu lagi 1 jam - 3 jam, pasti menawan punya.

Theme dia pulak belambak dah skang nie. Is punya wordpress theme is beli Thesis 1.8, ada sampai sekarang, is beli Development punya leh pakai untuk banyak domain, maksudnya is leh pakai theme tu kat blog is yang lain. Theme wordpress nie yang jenis premium nie dorang jual mahal gak laa macam Thesis tu is beli USD500 tapi itu harga 5 tahun dulu skang maybe dah kurang kowt, yer tak?

Ok berbalik kepada tips yang is nak cakap tu, korang takut kena mark kan? jadi bila korang pacak je website/blog/wordpress korang, terus korang submit blog kat Google Webmaster, sig-in guna email Google pastu add site korang kat situ.

is rasa tak payah is cerita kowt cara nak verify? Ok kalau ada yang dah tahu tak perlah ini untuk pengetahuan bagi yang belum tahu ok? Lepas korang sigin, korang tekan button merah kat sebalah kanan tu yang tertera perkataan "Add A Site".

Lepas tu verify site/blog korang ambik alternate methods pastu tekan html tag, copy meta tag untuk dilekatkan pada site atau blog korang.


Lepas dah copy, lekat/pastekan code tadi kat html editor blog/site korang, kat bawah <head> secantiknya, kemuadia save. Lepas korang lekat kod tu dan save, pegi page google webmaster tool balik klik verify, habis cerita.

Sekarang korang adalah dibawah perlindungan Google, nak lagi protection? Tekan sitemap kat google webmaster tool dan submit pulak sitemap korang kat situ. cara nya ialah, kalau blogger.com, http://namaurlblogkorang.blogspot.com/atom.xml. Taip atom.xml je kat dalam kotak kosong tu pastu submit dan selesai.

Setiap pergerakkan site/blog korang sekarang dipantau oleh Google Webmaster Tool, kalau ada error apa-apa seo tak kencang ke ahper dia leh bagi tau korang punya, ini lah namanya webmaster tool. Nak lagi protections? Iskiskiskisk tamak sungguh korang nie yerrkk.

Ok korang macam biasa letakkan iklan aripada Google Adsense. Haaa Google Adsense jangan pakai dari widget blogger.com ok? Revenue dia lain dan tak best. Ambik code adsense dari website Google Adsense sendiri.

Ok Site dan blog korang ada ada barang-barang Google so Google akan pikir dua tiga kali nak mark malware, lagi satu elakkan dari letak widget yang tak register dengan blogger.com, memang blogger.com anti orang yang buat widget nie kat luaq sana lagi terrer daripada dia. Jeles. Ok daaaaaaaaaaaaa.

Ulasan

  1. hye is,, boleh explain tak macamana nak verify?? dekat webmaster tools tu sy xjumpa verify y macam awk tunjuk tu lah.. =(

    BalasPadam
  2. aik tak jumper? hmmm kan lepas awak submit blog url kat situ dia nanti keluar untuk verify blog url, kalau kali pertama, kalau dah ada dalam dashboard webmaster tool awak cari kat situ nama blog awak.

    Pilih blog awak yang dalam list webmater tool, ambik ambik manage site > add or remove user.

    Dia nanti keluar Manage site owner atau add new user, awak pilih manage site owner > tengok ada email kita tak kat situ? kalau ada, action dia letak apa? verify atau tidak? kalau tak pasti klik terus link Verify using a different method, dan awak akan nampak verify method yang is cerita dalam entri is tu.

    BalasPadam
  3. alamak lupa nak crop gambar nie, habis semua desktop google is orang nampak.

    BalasPadam
  4. dah siap....heheh...thanks ye...=)

    BalasPadam
  5. Ok, terima kasih sebab memilih panduan is yang tak seberapa nie yer?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.