MANILA: Polis menahan lapan warga Korea Selatan yang didakwa menggodam talian satu daripada syarikat telekomunikasi terbesar Filipina untuk mengurangkan kadar bayaran panggilan antarabangsa telefon bimbit bagi rakyat Korea Selatan lain di Filipina.
Ketua Bahagian Jenayah Siber Polis, Gilbert Sosa berkata, penggodam terbabit ditangkap semalam dalam empat serbuan di sekitar Manila bersama-sama dengan tujuh wanita tempatan yang bekerja untuk mereka.
Menurut Sosa, kumpulan itu didakwa menggodam talian untuk panggilan antarabangsa Syarikat Globe Telecom dan menyambungkannya kepada kebanyakan pengguna Korea Selatan yang tinggal di Filipina dengan mengenakan bayaran kurang separuh daripada kadar biasa panggilan antarabangsa.
Tangkapan itu ekoran penahanan seorang lagi rakyat Korea Selatan minggu lalu yang didakwa menggodam talian Smart Communication, sebuah lagi syarikat telekomunikasi. - AFP
sumber : myMetro
Ulasan
Catat Ulasan
Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.