Tahan tahan lagi sikit je tak payah nak ponteng



Isk isk isk, bangun-bangun tadi terus je perut nie meragam. Dia buat pancaragam, ada drumline, double bass, trompet semua ada. Bunyi macam mesingun Colt M16 ada, macam AK47 pun ada. Is macam dok berperang la pulak dalam toilet hehehehehe.

Nasib baik is tak terbuka puasa tadi, hampir-hampir is nak capai cawan is dah nak minum air yang ada dalam peti ais tu, tengah berisi jus Markisa, perrghhh jus tu, memang membuka selera, tapi nasib baik la tak minum. Sebab apa is nak minum pulak, kan puasa? Is tadi selepas "berperang" dalam toilet is rasa lembik gila, nak berjalan pun terhoyang hayang je, sah tekanan darah is menurun nie lagi, is ada low presser blood daaa.

nasib lerr dapat darah rendah nie, kalau darah tinggi lagi teruk, leh sakit kepala, darah rendah just badan jadi slow motion je, kalau main brakedance slow motion kalah budak2 tu dengan is, memang slow gila pergerakkan is, robot pun laju lagi.

Tapi apa kata kita bertahan dan redha kepada Allah S.W>T saje kan? Is redha dengan apa yang ditentukan kepada is.

Ulasan