Maut Memanggil Legenda

Ini adalah lagenda dalam bidang seni masing-masing. Mereka adalah lagenda inspirasi kepada is sendiri dalam perjuangan untuk terus hidup, karya dikagumi, dikenali, disegani, dihormati, dipuja, diidolkan, semuanya is tiru skill hidup dorang, akan tetapi mereka, lagenda tiada suatu benda yang semamangnya menjadi kebanggaan is selama ini, is ada Islam untuk is beriman, berilmu, dan beramal. So stress macamana pun is takkan bunuh diri :).

Ok jom kita tengok fakta "MAUT MEMANGGIL LAGENDA", artikel nie banyak dipublishkan dalam semua bentuk media, termasuk lag blog dan komik, tapi is mula-mula baca artikel maut nie semasa is baca majalah komik GEMPAK. Mat memang best kalau dia buat artikel fakta, bab hiburan memang belambak dalam kepala hotak berjambul Mat Gempak berkepala botak tu.

Elvis Presley
Nama penuh : Elvis Aaron Presley
P.O.B : Mississippi,US
8 Jan 1935-16 Ogos 1977
Sebab kematian : serangan sakit jantung,diabetes,usus besar berlubang
Sebab dikenali : merupakan raja rock and roll dan symbol remaja di US. Menyanyikan lagu cinta dan kekecewaan.merakamkan 140 album dan jualan melebihi 1bilion unit. Berlakon dalam 33 buah filem.

John Lennon
Nama Penuh : John Winston Lennon
P.O.B : Liverpool,England
9 Okt 1940 – 8 Dis 1980
Sebab kematian : ditembak 5 kali di bahu dan belakang oleh seorang lelaki mental prob dari luar Dakota apartment NY. pendarahan yang teruk menyebabkan beliau mati 10 minit tiba di hospital,
sebab dikenali : dikenali dgn hasil artsitiknya. Merupakan vokalis dan frontman band beatles. Juga merupakan pejuang kebebasan dan keamanan.

Marilyn Monroe
Nama penuh : Norma jeane mortenson
P.O.B : LA,US
1 jun 1926-5ogos 1962
Sebab kematian : tiada pengesahan muktamad. ada mengatakan kematiannya ada kaitan ngan john.F.Kennedy. teori lain plak mengatakan dia mati akibat bunuh diri. Selepas beberapa tahun meninggal pakar mengatakan dia mati akibat overdose dadah 2 jenis pada masa yang sama.
Sebab dikenali : dikenali sebagai artis yang gemar berpakaian seksi dan memiliki kecantikkan luarbiasa.namanya semakin terkenal selepas satu scene skirtnya ditiup angin dalam filem ‘the seven year itch’.juga skandalnya dengan john dan robert f.kennedy.

Bob Marley
Nama penuh : Robert Nesta Marley
P.O.B : nine miles,jamaica
2 Feb 1947-11 may 1981
sebab kematian : pada 1980 semasa mengadakan persembahan dia tetiba klepek jatuh dan dibawa ke hospital utk rawatan. Beberapa bulan kemudian dia disahkan mati akibat kanser kulit (melanoma).
Sebab dikenali : merupakan lagenda dan bapa muzik reggae yang memperkenalkan muzik Jamaica ini seluruh dunia yang mempengaruhi generasi pemuzik rock,punk dan pop.

Bruce Lee
Nama penuh : Lee Jun Fan
P.O.B : San Francisco, US
27 nov 1940 – 20 julai 1973
sebab kematian : dia selalu amik dadah utk release tension. Semasa melakukan pengambaran filem ‘game of death’dia tetiba klepek diserang pengakit sawan secara mengejut,dihantar ke hospital utk rawatan dan dikatakan meninggal akibat suntikan ubat penahan sakit. Rumor yang tak betul ada mengatakan dia meninggal semasa kalah perlawanan seni tahan diri dengan silat gayong zulkarnaen.
Sebab dikenali : merupakan lagenda dunia martial arts.dikenali sebab mengajar orang luar ttg kungfu.mencipta seni gerak jeet kun do dan melalui filem2 nya ‘fist of fury’ enter the game dan sebagainya.

Jemi Hendrik
Nama penuh : Johnny Allen Hendrix
P.O.B : Washington,US
27 NOV 1942- 18 SEPT 1970
sebab kematian : pada malam 17 sept 1970,Jimi Hendrix makan ubat tido secara berlebihan dan menyebabkan sesak nafas. Tiba dihospital dan disahkan meninggal.
Sebab dikenali : petikan gitar elektriknya yang memukau dan mempengaruhi band2 rock selepas kematiannya.

Kurt Cobain
Nama penuh : Kurt Donald Cobain
P.O.B : seatle,US
20 feb 1967 – 5 april 1994
sebab kematian : dia membunuh diri ngan menembak mukanya sendiri menggunakan shotgun dirumahnya.
Sebab dikenali : merevolusikan industri muzik pada tahun 1990an. Dia merupakan vokalis band nirvana dan bertanggungjawab menaikkan muzik grunge. Albumnya smell like spirit dalam albumnya nevermind masih diterima masyarakat hingga kini.

2pac Shakur
Nama penuh : Lesane Parish Crooks
P.O.B : dalam penjara NY,US
16 jun 1971 – 13 sept 1996
sebab kematian : kabar angin bertiup mengatakan kematiannya dirancang oleh geng2 puffy combs dan notorious B.I.G.ditembak pada 7 sept 1996 dan mati 6 hari kemudiannya.
Sebab dikenali : merupakan rapper liar yang memiliki reputasi buruk seperti :
Menyimpan senjata haram.
Pernah ditembak 5 kali dan dijatuhkan hukuman penjara 4 tahun sengah.
Dituduh melakukan serangan seksual.
Lagu2nya pom dipenuhi ngan nilai2 pembunuhan,seks dan kehidupan gangster.

James Dean
Nama penuh : James Byron Dean
P.O.B : Indiana,US
Sebab kematian : dia terbunuh dalam satu kemalangan jalanraya dalam porshe spydernya yang diberi nama ‘the little bast@d’.
Sebab dikenali : raut muka yang ensem dan perwatakkan yang kewl.seorang pelakon yang berbakat dan menjiwai setiap karakter lakonannya….

Ulasan

Catat Ulasan

Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.