Makanan berbuka puasa pilihan iskandarX #19


Gambar is ambil dari blog ::: a lady finger :::

Hari nie is nak berbuka dengan makanan yang manis pula, memandangkan is belum g tidor is rasa is tak mau makan nasi nanti is sakit perut lagi. Hmmm... makanannya ialah.............jeng jeng jeng jeng........(sambung kat bawak je, wat semak perenggan pertaman je lah suspen nie)

Kuih Bengkang Ubi Kayu, sejenis kuih atau Raja Kuih Melayu ialah Bengkang Ubi Kayu. Raja buah Buah Durian, Raja binatang Singa, Raja Kuih, kuih bengkang ubi kayu jawabnya. memang best kalau betul pandai buat. Manis sesedap rasa, kekadang leh kena kencing manis terus kalau macam bengkang ubi nie. Tapi Ubi Kayu ada boleh cover balik kencing manis tadi, haaa specialkan? Ada racun ada penawar.

Tapi bengkang nie kalau homemade memang best, (kebanyakkan nya memang homemade lah), tapi maksud is cara memasaknya tak pakai dapur gas atau oven, masak kuih bengkang ubi kayu nie pakai cara lama iaitu dengan memanggangnya, atau letak atas dapur kayu arang, atas periuk dia pun letak lari bara yang menyala, macam jadi oven gak tapi tradisional punya cara. Oven nie tak bagus pemanasan menggunakan getaran molekul bukan nya api sebenar.

Apa-apa pun kuih bengkang ubi kayu nie memang best dan sedap, saper tak pernah rasa memang rugi dia jadi manusia.

Ulasan