Kaki Is Terpeleot (terseliuh) Raya Ke-2



Malang itu tidak berbau lah kata orang tua-tua, is punya kaki kiri, terpeleot (terseliuh) masa nak turun tangga kat umah adik is raya ke-2 hari tu.

Memang pedih dan sakit amat dan sangat is rasakan masa tu. Bintang kejora bintang hati kelab bintang-bintang semua is nampak, pandangan pelan-pelan kelam is rasa macam nak pitam, sebab dah lama is tak jatuh-jatuh nie, selalunya is lah juara terjun menerjunkan diri dan mendarat dengan selamatnya.

Kuasa Allah S.W.T itu Maha Besar dan tiada yang boleh melawan kehendakNYA, is jatuh kelepek tapi jatuh kaki kiri terlipas je bukan jatuh macam nagka busuk tu tau(is masih lagi juara). Mana taknya juara is masa tu nait baik, is nak bawak turun kipas angin dan bantal utnuk maklang is, yang sedang tidur kat bilik kosong ditingkat bawah rumah adik is tu. Bilik tu masih under renovation jadi masih belum ada perabot dan perkakas lagi.

Maklang is tidur dalam bilik tu pulak, is nampak kesian nie, jadi is dan adik is nak bagi bantal dan kipas angin. Sambil nak turun adik is pass kat is bantal sedangkan is dok pengang kipas angin tangan kanan. Nah ambik bantal nie kasi kat maklang. Is pun capai lah bantal tu tapi bantal tu hadang pandangan is untuk tengok anak tangga. Is pulak kalut dah orang tengah landing dalam bilik yang panas jadi kita suakan lah kipas betul tak?

Tak semena-mena sekelip mata is tergelincir dua anak tangga batu marmar tu, dan terus is kelepek kat tangga. Is rasakan kesakitan yang amat sangat kat bahagian jari kelingking dakn bawah tapak kaki kiri is ni. Perrghhh rasa nak menagis pun ada is cubakan gagah nak berdiri tapi terkendon balik dan hampir rebah, nasib baik adik is sempat capai is kalau tidak jatuh tersembam terus kebawah.

Is kesotkan diri pelan-pelan daki anak tangga tu sebab is taknak tetamu tengok is sedang kesakitan. Nasib baik gak la tangga tu jenis kena koner tiga kali jadi tempat is jatuh tu tetamu tak nampak lah sebab bersudut hehehehehe kalau tidak jatuh my WARTERFACE.

Masa adik is yang bongsu urut kaki is nie, is rasa macam nak menjerit-jerit jeee, rasa macam tapak kaki punya tulang dah patah, aaiiyaaarrrkkkk mati la is takkan raya-raya nak kena bersimen atau kena urut kot? Taknak lah nanti susah kerja is. Adik is yang besar skali tu pun buatkan secawan kopi Mahkota Dewa panas punya sebab dia teringgatkan kata2 is masa dia accident dulu, is kata minum apa-apa kopi panas, bagi darah jalan. Masa dia tengah buat air is dah pitam dah suara semua sekeliling is dah tenggelam terus, hanya bunyi dengung je is dengar, nak gerak pun tak boleh, sampai je adik is dengan kopi panas tu dia hinggut badan is dan disuakannya kopi panas tu, is pegang je terus sedar dari pitam, aaaiiyaaarrrkkk panas-panas.

Is tak boleh nak hirup kopi tu walau pun itu petua is yang bagi kat dia, adik bongsu is capai kopi panas tu terus dia tuang setengah dalam gelas lain dan campur sikit dengan air masak, baru is boleh minum sikit, lepas tu terus habis kan minuman tu. Is tanya kat adik is kalau ada tungku boleh lah tuam-tuam kaki nie kasi hilang bengkak, is kata kat rumah ada tungku besi tu, pikir punya pikir rupanya baru dia teringgat dia ada tungku moden. Jenis beg berisi cecair kimia. Berfungsi macam tungku, kena panaskan dengan guna wayer dua pin.

is pun tuam lah dengan tungku tu. Panas pedih jugak lah biasalahkan sebab baru je jatuh.

Apa apa pun malam nie is upload gambar kaki is yang bengkak tu ok?

Nuffnang
Santai

Ulasan

  1. Salam. samalah kita, ibu jari kanan Abe pun terseliuh jugak time raya ke 2. terkepit kat bonet kereta, hurmmmmmm. bengkak jugak lah

    BalasPadam
  2. errkkk boleh berbau kalau mcam nie hehehehe takziah yer kepada Abe, is pun skang nie bengkak makin surut lah, berkat dengan minyak cap kapak emas jualan Aya Hidayah dengan izin Allah S.W.T bengkak kaki is nie makin surut lah jadinya.

    http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150357953353161&set=a.10150357953313161.344953.537498160&type=1&relevant_count=1

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.