Kenapa manis dan pahit is? Sebab 4 tahun yang lalu, is pernah berdosa pada mak dan ayah, serta seluruh keluarga is. Is merantau dikala senang hanya semata-mata ingin mengejar kesenagan serta keseronokkan.
Is dikaburi oleh keseronokkan dunia yang sementara, benda yang tidak pernah is buat is buat. Selama hidup is tak pernah jahat perempuan tapi is jadi jahat perempuan, korang paham2 je lah ok? is malas nak detailkannya sebab bukan benda bagus pun, is sengaja nak kongsikan supaya korang buat sempadan dan tauladan dalam hidup korang semua.
Is menjengah ke alam yang is tak suka tapi disebabkan kawan-kawan yang bertahap syaitan yang mengajak is tak boleh nak reti nak menolak ajakkan syaitannya. is tak tau sebab apa is boleh setuju dengan datang ke KL hanya semata-mata nak tolong budak perempuan nie lari. Rasanya memang Allah S.W.T sedang menguji hambaNYA yang lemah ini yang selalu berfikiran sudah "KEMAS" dalam segala pakaian Islam, tetapi ada kebocoran yang tanpa is sedari sendiri yang akhirnya memakan diri is.
Is tinggal kat Puncak Jalil bersebelahan dengan Nilai, Negeri 9 je tempat tu. tempat tu penuh dengan orang Aceh je penduduknya. Rumah jenis apartment. Is duduk situ kiranya free je lah sebab tumpang kawan yang ajak datang ke KL nie kononnya boleh mengembangkan business MLM yang baru is sertai dibawah tajaannya. is kalau bab business nie tak payah ajar lah nak jalan macam mana memang is buat betul2 punya sampai pernah makan penampar dengan orang pun ada, heheheeh lepas tu is penampar dia balik suka-suka je tampar orang kan? MLM tu Island RED Cafe. Tapi disebalik MLM nie is rasa curiga sebab apa tau, mana mungkin lah MLM boleh kasi korang duit hari2. Seumur hidup is, is dah join dekat 1000 jenis MLM kat Malaysia nie, sebut nama je, is dah tau marketing Plansnya.
Korek punya korek rupanya kawan is nie seorang pengedar Ice atau syabu secara kecil-kecilan tapi rancak berjalan. Memula dia minta modal RM350 katanya nak labur MLM, lepas tu baru dia kasi tau dia labur kepada ICE, atau BATU slang KL, is cakap hang pi lah tekan is bagi kad is dengan number pin, is percaya lah kat dia sebab sebelum nie dia tak pernah buat taik.
Lepas2 tu is dah makin hairan kenapa dia tak pulang lagi modal dan kad bank is tu. Is ada kata kat dia is nak gi shopping kat nightmarket nak beli seluar dan baju, korang tau selama sebulan lebih is duduk sana, seluar dan baju baru is tak pernah beli sebab apa? sebab kawan is tak bawa is ke sana. Is makin hairan kenapa dia tak nak bawa is pegi sana? Why not? is tanya dia apahal takmau bawak aku pi beli kat nightmarket sampailah nak menjelang Aidilfitri, baru dia bagi tau, is duit hang dalam bank habis dah. Is tersentap. Apa hang nie? Hang kata boleh mai balik modal aku semua, aku bukan mau hasilnya aku mau modal aku balik ja. Dia dok tala kat kawan is yang lagi satu kononnya makan duit is. Main snooker, makan dan macam2. Is tanya kawan is yang lagi satu, dia cakap is, main snooker berapa sangat setable? 15 minit punch, baru rm9 makan 3 kali baru rm15 takkan aku yang bagi habis RM2000 hang kowt?
Is pikir betul juga, mana boleh habis. is tanya dia apa yang kawan lagi sorang tu buat? Kalau korang meniaga ICE sekali pun takkan tak da langsung pulangan? Janji modal aku kasi balik, aku mai sini bukan nak jadi pengedar dadah. Aku nak buat MLM, ada paham? Lagi 2 hari nak raya kawan is yang memula tu kata dia nak balik kampung is cakap lah is nak balik gak dia kata tak boleh keta penuh. Kat is mana ada duit dah nak tampung perbelanjaan, terpaksa is minta pada mak is RM500(sebab kononnya malam tu dia dan kawan is lagi sorang kena tahan dengan Polis, kantoi ada plastik ICE jadi duit tu is guna untuk tolong tebus dia tak tahu betul atau tidak sebab istanya number lencana polis tu dia tak kasi tahu) kat downline is (nasib baik ada downline) hutang dia RM400 is minta RM200 dulu kat boss lama is RM100, makan kat KL nie terutamanya area serdang dan Puncak Jalil mahal sial.
Tak der cukupnya nak makan, is cuba survival gak, puasa last is buka puasa dengan Jus Kurma yang is beli lepas is korek-korek duit syiling kat bawah katil yang is tido tu. Lepas tu baru is minta RM200 dr downline is dan boss lama is RM100, ada lah sikit duit nak buat belanja. Esoknya hari raya, is sedih sebab is beraya jauh daripada mak dan ayah serta seluruh keluarga is tanpa sebarang apa-apa pun. Is menagis sorang2 tapi sapa nak pedulik? Is call mak is raya pertama is minta ampun minta maaf kat mak secukupnya, is cakap mak hantar is Rm100 is nak balik rumah dan pos kan juga pada is rendang ketupat dan lemang pada is.
Is cari alamat rumah yang is duduk tu kat surat2yang berselerak kat sebelah rumah. Sebelum tu is lupa nak ambik alamat rumah tu selalunya is pegi mana-mana is nanti tweet lokasi is tapi memang is salah langkah tahun. Is dapat alamat tu is bagi paa mak is. Nak jadikan cerita mak dan ayah is betul2 post rendang tu dengan periuknya sekali. Is memang terharu is memang sedih dan gembira sebab is ada mak dan ayah yang memang sayangkan is. Walaupun rendang tu macam bau nak basi tapi bila is makan rasa sedap yang teramat sangat. Is call mak is is taknak berjauhan dengan keluarga kita lagi is bersumpah selagi mak dan ayah ada is takkan berjauhan, is takkan kerja kat luar Penang, is takkan tidur selain dari rumah sendiri, dan sebagainya.
is nak cerita semuanya is rasa macam nak bunuh je kawan is tu, sebab apa tau? is minta hutang is balik dia boleh pulak maki-kami is, nak pukul is nak hentak lah angkat geng ramai2. Masa dia balik kat Penang dulu dan is belum bal,ik lagi tu dia dah canang dah cerita rekaan yang buruk pasal is. Patut masa is balik sorang ja kawan setia is yang sambut is balik yang lain taknak angkat telefon.
is berdiam diri masa kawan is tu dok ugut2 is selama setahun lepas setahun is tak tahan, is bincang dengan abang-abang is. Abang-abang is cakap open table bincang lepas tu nak selesai macammana pun boleh tapi janji hang menang mau makan sama dia habis2. Is bincang dengan abang2 is sebab dia keluarkan kalam kat kawan is yang jaga kedai is nie, dia cakap bagi tau kat is perkemaskan diri betul2, kalau dia jumpa kat mana-mana dia nak hentak is. Memang menyirap darah is dengar is terus nak jumpa dan bergasak tapi abang2 is tahan. Jadi hari is nak jumpa barua tu, is sms dia dia cakap dia bz. is masih lagi sms2 bertubi-tubi kat dia suruh dia datang jugak2 sebelum is pegi jumpa dia. Terus dia call is, dia cakap dia ada kerja nie, dia ada dengan ayah dia cubalah paham.......korang nak gelak tak? is call dia is nak bertumbuk atau sebaliknya dengan dia yang dia nak is paham pulak yang dia tu takut kat ayah dia? kata taiko tapi penakut. ceh puuiiiii.
Is terus kata kat dia lepas nie kalau dah tau penakut, jangan kacau harimau tengah tidoq, aku diam bila hang dok mengata, aku lari bila hang sekat aku tengah jalan bukan bermakna aku takut kat hang, aku pasal tak mau bergaduh saja, sekarang aku nak bergaduh dengan hang awat hang lari? tak dak telur? lepas nie hang jangan dok pantun merata pasal aku, aku dapat hang memang akan hilang terus telur hang aku buat, ada lu paham?
Korang is nasihatkan supaya jangan terpedaya dengan manusia2 yang macam yang is cakap nie. Is dah pernah terkena bisanya dan is kongsikan macamana peritnya. kalau korang nak tau nama dan gambar barua yang is cakap tu leh msg is kat facebook is ok? is bukan apa dia nie sebab dah la kurang ajar tak sedaq diuntung, lagipun dia pernah jual perempuan kat bukit bintang. Berhati2 kalau korang jumpa lelaki yang seperti nie, lekaki syaitan yang bertopengkan manusia.
Ulasan
Catat Ulasan
Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.