Baju Raya Korang Dah Beli Dah Ker?



Sekarang nie memang rushing la berlumba-lumba, kalau letak orang kita sebaris dengan Olimpic punya Atlet lumba lari kalah Atlet tu, mahu taknya semua rushing-rushing nak pegi beli baju raya masing-masing.

Lambat beli kang baju tak da pulak, kalau ada pun tak berkenan di hati, susah gak pilihan hati kan? ala pakai pilihan tangan je, tangan sambar masuk fiiting room cuba muat ke tak, muat terus sumbat dalam plastik beg bayar kat kounter terus cabut.

Kalau beli lambat-lambat karang lagi susah gak, is pernah pegi beli baju raya kiranya esok tu hari raya, baru nak kalut macam nak pi ke laut is bergegas ke KBJ (Kompleks Bukit Jambul) dengan naga merah is tu sekencang-kencang nya is blah naik moto is, (kalau korang perasan bekas tayar yang is jalan tu berapi tau hehehehe) punya nak beli baju raya. Sampai KBJ, hoh pilihan macam taik je baju yang dok display, hadus, dah la penat is melungsur tadi macam2 nie je baju? (maleh ank detail kan keadaan serta jenis baju tu).

Harga dia perrghh bukan makin murah, makin mahal lagi ader la, sebab tu is punya senior pernah kata nak beli baju raya korang beli sebulan sebelum nak raya, jangan beli baju2 raya atau baju korang nak pakai semasa musim perayaan, memang sembelih cina-cina nie jual, tak percaya cuba lah beli. Hoh kenyataan jelas ternyata didepan mata is kata-kata senior is tu, so mana mungkin is pulang tangan kosong, cuba is ubah sikit hala tujuan is dan masanya sahaja.

Is lepak-lepak kat Bukit Gedong merepek apa yang patut, tunggu pukul 10 mlm. Is buat apa lama-lama? Is tunggu Night Market kat Bayan Baru nie rancak, lokasi NM nie kat belakang Masjid Daerah Bayan Baru je, memang best ramai gila orang jual barang-barang, yang penting murah2. Bukan is suka beli barang murah, tapi is tak suka membazir takat nak pakai baju beli sampai harga RM400 tu nak buat apa? Sedekah atau bayar zakat lagi bagus, betul tak?

Round punya round is sambar dekat 10 helai baju, baru total duit RM300 je habis, round lagi, cari seluar, cari kasut, cari gadget mana lah tau ddorang jual stungun patern baru ke, kalau nasib baik leh tengok2, round lagi nak tengok pedang samurai, is minat gak pedang, dah ada 3 bilah nak cari koleksi baru, round2 lagi jumpa Ex is, terus is melencong dan menuju ke naga merah is, dengan pantas, is perosok segala yang is beli tadi dalam raga, pakai helmet terus pulas kunci motor, start enjin, tendang gear terus melunsur keluar dari situ. Is tak suka jumpa kenang lama. Tengah nak blah is dengar orang panggil nama is, sory baby you are not in my heart anymore, dah lobos baru ko nak cari aku? kirim salam bbabaiii.

Ok kepada korang yang nak beli baju tu, sila-sila lah datang ke NM kat Penang nie, is tau la jauh tapi apa salahnya berjalan sekali-sekala? Kan?

Ulasan