KUALA LUMPUR, 27 JULAI 2012: Pelakon serta Presiden Seniman, Zed Zaidi akui terharu selepas melihat sendiri proses kelahiran putera sulungnya yang selamat dilahirkan secara pembedahan di Hospital Tropicana Medical Centre, Kota Damansara kira-kira jam 9.30 pagi tadi.
Malah, Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil merasakan ia pengalaman yang sangat berharga apabila dia dapat melalui saat-saat getir bersama isterinya, Natalia Mustafa Kamal ketika melahirkan putera sulungnya yang bernama Ryan Ziqry.
"Alhamdulilah, saya berasa terharu kerana dapat melihat sendiri proses isteri saya melahirkan anak sulung kami. Isteri saya terpaksa melalui pembedahan kerana bayi kami agak besar iaitu seberat 4.32 kilogram.
"Pada mulanya ramai yang menasihati saya suapaya tidak melihat proses bersalin itu kerana takut saya akan mual dan muntah. Namun, saya bersyukur kerana saya dapat bersama isteri saya sepanjang proses itu berlangsung dengan menggenggam tangannya supaya dia kuatkan semangat.
"Paling saya tidak boleh saya lupakan ketika isteri saya dibedah, darah yang terpancut terkena juga kepada saya," ceritanya ketika dihubungi murai.com.my
Teruja dengan kelahiran putera sulungnya itu, Zed Zaidi berkata dia sudah pun meletakan nama bayinya Ryan Ziqry sejak dia dalam kandungan lagi.
"Sejak kami tahu yang isteri disahkan hamil anak lelaki, saya dan isteri terus memilih nama bayi kami. Saya menamakan nama Ryan kerana saya mahukan huruf R di depan seperti nama saya iaitu Rozaidi.
"Manakala nama Ziqry adalah pilihan isteri saya sendiri yang bermaksud rezeki dalam Islam,"katanya.
Bakal memikul tanggungjawab yang lebih besar sebagai suami dan bapa, Zed Zaidi memberitahu dia perlu berusaha keras mencari rezeki untuk membesarkan dan mendidik cahaya mata pertama dalam keluarganya itu.
"Saya harap anak saya bakal menjadi anak yang solehah dan saya pula akan pikul tanggungjawab yang lebih besar lagi selepas ini untuk membesarkannya," tambahnya lagi.
Zed Zaidi dan Natalia telah mendirikan rumah tangga pada 29 April tahun lalu.
Tahniah kepada Zed Zaidi dah jadi bapa dah ko tau tak, jangan asyik main kat luar umah sangat, balik tengok anak sama.
Ulasan
Catat Ulasan
Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.