KUALA LUMPUR, 28 JULAI 2012: Dunia tanpa sempadan kini sudah menjadi realiti dan segala macam benda dipermudahkan untuk anda. Berbelanja di alam maya menjadi perkara yang paling digemari ini senang kerana anda tidak perlu bersesak-sesak di gedung membeli belah dan mengharungi perjalanan yang kadang kala boleh merosakkan 'mood' hanya kerana anda mahu pergi berbelanja.
Kemudahan telah tersedia, ZALORA Malaysia kini menjadi laman fesyen dan destinasi membeli-belah di alam maya terhangat di negara kita.
Bermula dengan hanya 3 orang tenaga pekerja , kini ZALORA Malaysia mampu berbangga dengan 250 kakitangan yang bertungkus-lumus untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik khas untuk anda yang gemar 'bershopping'.
Dengan menawarkan 600 jenama tempatan dan antarabangsa serta lebih daripada 30,000 produk, ZALORA Malaysia yang diperkenalkan secara rasmi pada 5 April lalu memiliki pelbagai pilihan kategori untuk pakaian termasuklah pakaian kanak-kanak, sukan, tradisional, aksesori, produk kosmetik dan barangan perhiasan rumah.
Zalora Malaysia menawarkan jenama-jenama popular antarabangsa seperti Nine West, Steve Madden, Converse, Nike serta jenama tempatan seperti Nose, Larrie, Tom Bang Saufi, Jovian by Jovian Mandagie, Chic Yamada dan Summit yang pasti menepati citarasa anda.
Penghantaran
Pelbagai inisiatif dan perkhidmatan yang dilakukan oleh ZALORA Malaysia untuk memberikan anda pengalaman lain daripada yang lain kala berberlanja di laman fesyen di alam maya ini.
Perkhidmatan tambah nilai seperti penghantaran percuma di seluruh negara, polisi pulangan 30 hari dan pesanan melalui telefon adalah antara servis yang ditawarkan bagi memudahkan urusan pembelian anda di zalora.com.my.
Bagi mereka yang tinggal di sekitar Lembah Kelang, anda boleh membuat pembayaran secara tunai semasa penghantaran dibuat dan ini turut diaplikasikan kepada beberapa bandar utama lain di seluruh negara.
Kini pelanggan ZALORA Malaysia terdiri daripada para pembeli di seluruh Malaysia terutamanya di Lembah Klang dan juga bandar-bandar utama yang lain di
Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak termasuk kampus-kampus kolej dan kawasan luar bandar yang lain.
Menurut Pengarah Urusan dan pengasas ZALORA Malaysia, Wee Jonn, Leow berkata kaedah membeli belah cara baru yang diperkenalkan ini mampu mengubah cara hidup masyarakat agar dapat berbelanja dalam keadaan yang lebih selesa dengan kemudahan cara penghantaran terus ke pintu rumah anda.
Keunikan ZALORA Malaysia
• Hadir dengan 600 jenama yang merangkumi jenama tempatan dan antarabangsa dan 30,000 produk khas terdiri dari pakaian dan aksesori wanita, lelaki, sukan, kanak-kanak, tradisional, produk kecantikan dan barangan penghiasan rumah.
• Menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara.
• 30 hari Polisi Pulangan
• ZALORA Malaysia menawarkan pilihan pembayaran tunai semasa penghantaran untuk jenama terpilih bagi penghantaran sekitar Lembah Klang.
• Cara pembayaran yang dijamin selamat melalui melalui kad kredit, "paypal", perbankan Internet, deposit tunai dan banyak lagi.
Cara pembelian
Klik kepada laman web www.zalora.com.my untuk melihat sendiri apa yang ZALORA Malaysia tawarkan kepada anda atau hubungi 03-2382-2208.
Zalora nie manager dia yang paling pemalas sekali. Is dah dekat 2 bulan apply affiliate kat omgpm.com tak respone-respone, bukan kena reject tapi tak buka langsung kita punya request, memang berlagak gila Zalora nie atau pun memang pemalas tahap cipan.
Ulasan
Catat Ulasan
Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.