Bolehkah anda bayangkan bagaimana situasi sesuatu keadaan bila mana kesemua 10 pelawak tanah air dihimpunkan dalam sebuah program yang sama? Lebih-lebih lagi bila kesemua pelawak tersebut sememangnya dari kalangan mereka yang gila-gila, spontan dan sering tampil dengan lawak yang melucukan?
Ya, pasti gamat suasana jadinya nanti. Suasana gamat inilah yang bakal mewarnai saluran Astro Warna (132) dan Saluran Mustika HD (134) pada sambutan hari raya ke-6 yang berkemungkinan jatuh pada tarikh 24 Ogos 2012.
Program selama 90 minit yang berkisar tentang suasana hari raya ini akan menyaksikan kesemua pelawak ini beraksi dalam bentuk dan konsep lawak yang pelbagai. Misalnya, silent comedy, lawak muzikal, “slapstick” dan ianya bergantung kepada kesesuaian jalan cerita agar ianya kelihatan menarik serta menghiburkan.
Diadaptasi daripada kisah filem Tiga Abdul arahan dan lakonan Tan Sri P Ramlee, Warna Raya turut menampilkan seorang dalang yang dilakonkan oleh AC Mizal yang akan bercerita tentang hal-hal yang lucu yang berlaku setiap kali tibanya raya atau sewaktu membuat persiapan raya.
Segala apa yang diceritakan ini kebiasaannya mempunyai kaitan dengan kehidupan realiti masyarakat kita dan kisah-kisah inilah yang bakal ditonjolkan oleh kesemua pelawak ini.
Siapakah pelawak yang bakal terlibat di dalam program Warna Raya ini?
Mereka ini dibarisi oleh Kumpulan Boboi, Kumpulan Sepahtu, Kumpulan Osbon, Kumpulan Shiro, Kumpulan Jambu dan Nabil. Dengar saja nama mereka, sudah tentu anda berasa teruja untuk menonton program Warna Raya nanti.
Jangan lupa nantikan Warna Raya di Astro Warna pada 24 Ogos 2012, Jumaat, 4.00 petang dan Mustika HD pada 24 Ogos 2012, Jumaat, 8.30 malam. Pasti gamat dan gempak jadinya nanti!
Hahahahahaha mari kita gelak bila raya nanti, hahahahahaha, ada ka patut ajak orang gelak raya nie, ajak makan lemang dengan ketupat la, yeaahhh.
Ulasan
Catat Ulasan
Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.