Yeaaahhh, cerita hantu, my favorite al ways, tapi nie cerita hantu romantis, jadi tak seram langsung pun. Tetiba lepas tadarus Al-Quran kat Tv Al-hijrah, is kalih channel macam biasa, ke 131 Citra, terus keluar cita Tolong! Awek Aku Pontianak.
Memang ramai yang dah tengok cerita nie, tapi apa yang korang paham tentang cerita nie? Pontianak Melayu Vs Pontianak Mat Salleh? Apa itu pontianak, apa itu langsuir? Kenapa korang takut sangat nie? hehehhe pontianak nie adalah sejenis makhluk halus yang HANYA duduk kat pokok, dia tak kacau orang sebenarnya. Orang sekarang yang suka reka-reka cerita pontianak bunuh orang lah apa lah. Yang korang dok nampak yang terbang dan turbang dan mengilai tuyang sebenarnya Langsuiirrrrrrrrr. Yang nie kacau orang. Dia terbang macam tidur baring sambil kaki terangkat 45 darjah ke atas dan rambutnya mengerbang dan terjuntai hingga ke atas tanah atau jalan.
Korang perasan tak kalau korang lalu di selekoh-selekoh bukit yang sunyi tiba-tiba angin tiub sekejap lepas tu muka korang terasa macam kena pasir haluuussss? Pernah? Kalau pernah maknanya korang dah pernah jumpa langsuiirrr.
Hehehe, macamana is tau? sebab masa muka is terasa di punggai pasir tu is donggak ke atas is nampak macam kain buruk, (koyak rabak dan macam berselut) berapung apung 2 meter atas kepala is. Iskkk menatang apa pulak nie? Hahaha nak kacau aku mai try hambat akau dulu (kejar). Is pecut tak ingat dunia bukan sebab takut dek langsuitr tu tapi sebab is ajak dia racing, ternyata dia lembab sebab motor is masa tu champ of Lik Lau (Balik Pulau).
Ok melalut sampai langsuir, cerita Tolong! Awek Aku Pontianak, ini memang best, macam dalam mimpi is, jumpa kekasih yang ada super natural power, leh bertukar hehehe. Is suka cerita nie sebab love story lain semua pasal muka, harta cantik, tapi cerita nie tak kisah pun semua tu, janji hati jer mau ikhlas, sumpahan langsuir pun boleh berakhir. Dalam cerita nie Sazzy Falak nampak lovely sangat..eeeee nasib baik dah kahwin. kalau tidak is dah pegi meminang.
Is tak tau pulak pasal sumpahan-sumpahan nie. Tapi yang is tau cerita nie walaupun nampak macam lembab tapi is berasa eolah-olah is yang berlakon cerita tu, heheheh punya tangkap feeling nooh is? Haa mau tau lerrr kita nie jenis romantis bukan brutallisma, walau pun luaran nampak kasar, hati ini ada taman.
Kalau boleh jangan lah korang bercinta dengan makhluk halus pulak lepas nie sebab manusia dan jin tak boeh berkahwin, berkawan atau bersahabat, tersebut jelas dalam Al-Qura yang terjemahannya berbunyi, dan apabila kedua-dua makhluk ini bertemu (jin dan Manusia) maka kedua-duanya akan dimasukkan kedalam api neraka. Nak is serta kan dalili nya sekali? Boleh api takut korang jemu baca entri is yang panjang lebar dan membosankan nanti, jadi is rasa is stop takat nie dulu.
Ulasan
Catat Ulasan
Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.