Tandas sekolah... memang tempat yang horror sebab, apa sebab nya is? Tandas sekolah rendah yang is nak cerita nie. Kiasah tragedi hitam yang terjadi pada is seniri dalam tandas Sekolah Kebangsaan Genting Balik Pulau nie.
Horror yang macam mana? Horror pasal masa tu is baru darjah 3, sesi kelas ada pendidikan jasmani, macam biasa is dengan member-member akan selongkar bilik stor alat sukan, ambik bola sepak, bola baling, bolang jaring, bola bowling...errrkk bowling mana ader, ambik tali skipping, gelung rotan, kon, tilam dan pelbagai lagi alat-alat suka sampai cikgu is marah, katanya "Awat hangpa nie ha? Mangkaq ka hapa, yang pi bok keluaq semua menatang nie buat apa? Sapa nak main semua nie?". Nama cikgu tu is terpaksa rahsikan sebab coverline.
Ala cikgu kami nanti akan main semuanya, lepas habis nanti kami akan simpan balik elok-elok dalam stor tu cikgu, jawab kami. Dijadikan cerita, kami pun bermain bola baling, hehehe ambik punya banyak last-last bola baling gak yang nak main. Macam biasa is akan jadi gol keeper nya sebab is suka stunt-stunt nie macam stuntman, bola direjam is tepis, penyiku, tampar kekadang tertampar muka kawan is sekuat hati pulak tu, menagis dia, iskisksiskisk I'm sorry my friend tak leh kawal tenaga. hehehehe
Pagi tu sebelum sesi sekolah mula, is dengan member-member terlebih dahulu makan nasi campur yang dibeli di pekan Simpang Empat, lauknya yang best, daging hotdong cincang bersambal berapi, nasi memang letak lebih, badan masa tu kecik lagi tapi aktif sukan makan banyak la jawabnya. Oleh kerana makan terlalu banyak cabai tadi pagi, tengah dok stunt tu perut boleh pulak meragam.
Iskiskisk susah nie, kena break sat. Is terus lari-lari anak menuju ke tandas, tandas cangkung, tandas duduk is tak suka hehehhe, takut ada raksaksa keluar macam dalam cerita alien dulu-dulu tu, is masuk lah tandas yang tengah, tengah dok layan dalam tandas tu is terdengar bunyi bising-bising, apahal kat luar tu? budak senior nak tunjuk samseng, suruh kita yang tengah berak nie keluar pulak, ditendang-tendangnya pintu dum--dum--dum... ambo melampau betul mamat nie, is cuci pastu is nak keluar lah, pintu tandas nie di lipat keluar kalau nak tutp orang sebelahdalam kena tarik, kalau nak keluar kena tolak so tengah is tolak pintu tu tadi is pegang pintu sekali terus........................ DUUUM, senior tu tadi tendang pintu sekali lagi, aaaaaarghhhhhhh, jari tengah is terkapit, masa tu is nie kecik lagi anggota badan pun, jari bukan besar mana pun, pintu tandas pulak jenis dulunya leh tahan kebakaran, jadi bayangkan pintu tebal kepit jari korang?
Ceritanya jari is kemik dan berdarah, is dikejarkan ke hospital Balik Pulau, tapi pasal is tengah pakai uniform sekolah lagi (baju PJ) hospital transport is terus ke GH tanjung sebab kat balik pulau dorang cuma jahit luka untuk dewasa sahaja untuk macam is (jari tulang hancur sikit) kena jumpa pakarnya. Memang sakit, siot betul mamat senior tu, tapi apa leh buat dah takdri Allah S.W.T jari tengah tangan kiri is kurang satu inci. Nanti is uploadkan gambar jari is nie. ada harinya jari nie akan sakit serta sengal-sengal mungkin sebab urat-urat hujung jari nie putus.
Ulasan
Catat Ulasan
Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.