Syamsul Yusof Kahwin Siswi Perubatan 2 Tahun Lagi

KUALA LUMPUR, 17 JULAI 2012: Walaupun pada awalnya, pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof, 28, agak keberatan untuk berkongsi cerita tentang kisah cintanya kepada pihak media, namun akhirnya anak kepada produser filem Dato' Yusof Haslam ini tidak dapat membendung perasaannya bahawa dia kini sedang bahagia dilamun cinta.






Malah, Syamsul Yusof yang seronok berlakon dalam filem SAM, arahan adiknya, Syafiq Yusof juga tidak dapat menolak kemungkinan bahawa dia mungkin bakal berumahtangga sebelum usianya mencecah usia 30 tahun.

"Alhamdulillah, sekarang ini saya sedang bahagia dengan dia. Sebenarnya, saya belum betul-betul bersedia hendak bercakap soal kahwin. Nantilah, apabila dah sedia sepenuhnya saya akan umumkan pada semua.

"Tetapi, saya mengaku sedang bahagia dan bersyukur kerana dia seorang wanita yang betul-betul memahami karier saya sebagai pengarah dan pelakon.

"Saya pun agak jarang berjumpa dengan dia. Malah, sudah sebulan lebih saya tidak berjumpa dengannya. Kami hanya berbual menerusi telefon saja. Mengikut perkiraan, sudah lebih setahun saya menjalinkan hubungan cinta bersama," katanya di tayangan filem SAM di Mid Valley, malam semalam.

Dalam pada itu, Syamsul Yusof turut memohon maaf kerana tidak dapat mengumumkan nama teman wanitanya itu kepada umum kerana risau akan berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini kelak.

"Insya-Allah, saya akan berkahwin sebelum usia saya mencecah 30 tahun. Lebih kurang 2 tahun saja lagi. Sejujurnya, saya bukannya nak sembunyikan hubungan saya dengan dia. Ini soal peribadi dan saya harap peminat saya faham.

"Setakat ini, keluarga kedua-dua belah pihak tahu kami berkawan tapi masih belum ada berkesempatan untuk berjumpa keluarga masing-masing. Sekarang ini, kekasih saya bekerja sambil belajar di sebuah kolej.

"Dia mengambil jurusan perubatan tapi bukannya seorang doktor. Sekali lagi,saya tak mahu kecoh dan kalau boleh saya mahu cuba membahagikan bidang glamor dan kerjaya dengan seimbang," jelasnya kepada murai.com.my.

Sementara itu, anak muda yang semakin selesa menjadi pelakon ini berhasrat menjalinkan hubungan cinta dengan kekasihnya itu sebagai orang biasa dan bukannya sebagai selebriti dikenali.

"Dia tahu saya siapa. Namun, saya harap dia terima saya seadanya sama seperti lelaki yang lain. Apapun, saya bersyukur apabila saya dikatakan menjadi lelaki idaman Malaya selepas lebih banyak berkecimpung dalam bidang lakonan.

"Sejujurnya, saya tidak tahu nak komen apa bila saya dikategorikan sebagai lelaki hot ini. Apa yang boleh saya katakan hanyalah ucapan terima kasih dan teruslah menyokong saya baik sebagai pelakon mahupun sebagai pengarah," ujarnya.

Heheh jururawat latu, memang sister-sister nie semua mana boleh tahan, sekali tengok seksi lagi pun belajar jurusan perubatan, memang sangat memahami laa segala jenis penyakit kat badan hang tu Syamsul oiii.

Ulasan