Semalam sempat tengok Tangisan Langsuir


Hahah balik pukul 1 pg tadi, sempat gak is buka tv tengok channel mana yang menarik, kalih ke Channel 105 Prima, sekali Zarina tengah jerit-jerit kena apa tak tahu.

Kenapa Zarina jerit-jerit dan terpekik-pekik? Rupanya dia telah diculik oleh Ketua Kampungnya sendiri, Lakonan Eizlan Yusof, apa punca belum tahu lagi sebab is belum tengok habis cerita nie, dari mula pun tak tengok inikan pula tengah tengok bahagian dah nak habis, lagi haru-biru namanya.


Yang is tau tok ketua kat situ tak suka Jamillah dan Halim berkahwin. Ini yang buat is tak suka bila dorang bikin telemovie drama atau apa apa pun, mesti dengki pasal kahwin, apa ingat orang Melayu asyik pikir benda kelamin sahaja ka? Kolot betui la produser zaman sekarang nie, sejarah Melayu tak belajar habis dah pandai-pandai cerita Melayu.






Tang last sikit cita Tangisan Langsuir nie, is memang tak berkenan, dalam mana-mana kitab ak pernah kata roh boleh dipinjamkan, dipulangkan sementara, menjelma masuk, roh-roh ini tidak pernah diizinkan Allah Taala untuk memasuki mana-mana tubuh badan atau benda ataupun menjelma terutamanya untuk tujuan baik mahupun jahat. Syirik kita kepa Allah S.W.T bila menyeru, dan memanggil roh kepada kita. Hahaha nak ulas bab cerita terus buat kulih kat sini, heheheh itu daripada apa yang is belajar kat pondok dulu lah. Apa apa pun kita tak boleh lah berdengki-dengkian sesama kita tambahan kita semua adalah adik-beradik. 



Saper nak tengok cita nie leh layan video nie ha is dah pelekat.

Ulasan