Rundingan senjata api PBB gagal, AS dipersalahkan


PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB): Usaha PBB mengadakan rundingan dalam pembentukan draf perjanjian antarabangsa pertama membabitkan penjualan senjata api bernilai bilion dollar menemui jalan buntu, di mana sebahagian daripada diplomat yang hadir menyalahkan Amerika Syarikat (AS) di sebalik kegagalan itu.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon berkata, beliau kecewa dengan komitmen yang ditunjukkan ahli jawatankuasa terbabit apabila gagal mencapai persetujuan selepas diberikan jangka masa beberapa tahun untuk membuat persediaan selain tempoh empat minggu bagi tujuan rundingan.

Beliau menyifatkan perkembangan terbaru itu adalah satu tamparan hebat terhadap usaha memperkenalkan draf perjanjian antarabangsa yang membabitkan urus niaga senjata api. - AFP

Memang patut US dipersalahkan, sebab dorang yang suka dok perang lepas tu suka beli senjata yang tercanggih, orang lain tak boleh lebih canggih daripada dorang kalau tidak US akan menyerang.


Ulasan