RUMAH banglo yang pernah didiami aktres Twinkle Khanna bersama keluarganya akan diubah suai untuk dijadikan sebuah muzium.
Kediaman yang dikenali dengan nama Aashirwad itu pernah dimiliki pelakon legenda Bollywood, Rajesh Khanna yang meninggal dunia pada minggu lalu.
"Ya, ada rancangan untuk mengubah suai Aashirwad menjadi sebuah muzium, tetapi belum ada kata putus untuk merealisasikannya.
"Ahli keluarga Rajesh Khanna akan membuat keputusan berhubung perkara itu. Tetapi, kedua-dua anaknya, Twinkle dan Rinke menyatakan hasrat mereka untuk berbuat demikian," kata sumber rapat keluarga tersebut.
Rajesh yang menghembuskan nafas terakhir pada 18 Julai lalu meninggalkan dua orang cahaya mata pada usia 69 tahun setelah menderita jangkitan hati. Dia berpisah dengan isterinya, Dimple Kapadia pada 1984.
Twinkle dan Rinke berbesar hati untuk mengabadikan rumah pusaka itu sebagai kenangan kerjaya lakonan mendiang bapa mereka kerana masing-masing sudah mempunyai kediaman sendiri.
Apabila siap diubah suai kelak, muzium itu akan dikenali sebagai Muzium Rajesh Khanna yang mempamerkan barangan peribadi dan barangan berharga milik pelakon filem Om Shanti Om tersebut.
Dalam perkembangan sama, Twinkle kini sedang sarat hamil anak keduanya. Perkara itu baru disedari media apabila dia muncul di sebuah hospital di Mumbai, India ketika melawat bapanya itu yang sedang nazak baru-baru ini.
Rumah besar-besar kat India nie, yang mana jadi artis lah, tapi rakyat India bukan hidup merempat macam yang dalam filem india tu, semua canggih wooo, tadak lah nak hidup tepi jalan, dalam filem tu dorang cuba berlakon sahaja. Tahap kemiskinan mereka dah jadi tahan lain dah. Bukan macam dulu dah.
Ulasan
Catat Ulasan
Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.