MELAKA, 18 JULAI 2012: Meskipun sudah lebih 9 tahun berkecimpung di dalam dunia lakonan, namun nama pelakon, Qazem Nor dilihat masih belum cukup kuat lagi untuk dikenali peminat seni sehingga kini.
Malah, Qazem Nor turut mengakui dirinya tidak cukup popular sepertimana artis lelaki lain, ianya berkemungkinan disebabkan tiadanya cerita-cerita berbentuk kontroversi peribadi yang ditonjolkannya selama ini.
"Saya sedar saya ini tidak sepopular pelakon lain. Selama ini pun, apabila saya berada di luar, orang tidak mengenali siapa nama saya tetapi mereka tahu saya ini pelakon.
"Saya tak kisah dan tidak terasa sangat dengan status populariti. Apa yang penting adalah saya dikenali dengan bakat saya oleh penerbit dan pengarah drama atau filem dalam dunia seni tempatan ini," katanya kepada murai.com.my di pelancaran filem Mafia di Hotel Renaissance, Melaka, Isnin lalu.
Sungguh pun begitu, bakat Qazem Nor banyak digilap di dalam drama bersiri di televisyen berbanding filem.
Namun, setelah kali pertama berlakon sebagai cameo di dalam filem Lu Pikirlah Sendiri, kini bakat lakonan Qazem Nor semakin dipercayai apabila dia ditawarkan pula untuk menjadi peneraju utama filem Mafia terbitan IMS Productions & Trading Sdn Bhd.
"Sebelum ini saya ada ditawarkan untuk berlakon filem. Namunkebanyakannya saya tolak kerana watak yang diberikan tidak cukup kuat untuk menaikkan nama saya dalam bidang ini.
"Kali ini, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya beraksi di layar perak.Lagipun, ini pertama kali saya ditawarkan berlakon sebagai watak utama dalam filem ini. Bagi saya, jika benar-benar mahu berlakon filem biarlah ianya akan terus memberi impak kepada industri filem tempatan," jelasnya lagi.
Selain Qazem Nor, filem bergenre aksi ini turut dibintangi pelakon baru seperti Fifi Natasya, Melia Amelia, Safra Aina, Chimay, Tony Tuah , Luke Wong dan ramai lagi.
Mengulas lanjut mengenai filem yang diarahkan Nurazmi Abdul Karim atau Mie Black itu, Qazem memberitahu peranannya dalam filem itu sangat mencabar kerana ia memerlukannya untuk memegang bakal akan memegang dua watak pada satu masa yang sama.
"Saya rasa agak berat juga untuk membawakan watak Amri yang mempunyai split personality di dalam filem ini yang mana satu adalah watak jahat atau antagonis dan satu lagi watak baik.
"Namun, saya sudah mula membuat beberapa persiapan untuk mendalami watak seseorang yang mempunyai karektor split personality seperti itu," tambahnya lagi.
Filem yang akan menjalani penggambaran bermula 22 Julai ini dijangka mengambil masa selama 30 hari untuk disiapkan dan akan menggunakan lokasi di sekitar bandaraya bersejarah Melaka dengan sepenuhnya.
Secara ringkas, Mafia mengisahkan mengenai kehidupan seorang pemuda bernama Amri yang hidup miskin dan berazam untuk mengubah hidupnya menjadi kaya walaupun terpaksa melibatkan diri dalam kancah jenayah yang merbahaya.
Dalam usahanya mencapai azamnya itu, Amir terpaksa mengharungi pelbagai cabaran sekalipun dia seorang pemuda yang dipandang baik dan warak oleh masyarakat kampungnya.
Filem ini dijangka menemui penonton pada tahun hadapan.
Kan bagus tadak "Kontroversi" daripada dok bersocial yang bukan-bukan, pastu memang dah confirm maksiat punya. Baik pegi kerja belakon, pas dah habis balik umah. nak Popular macamana lagi kalau semua nya menurutkan nafsu.........

Ulasan
Catat Ulasan
Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.