KUANTAN, 25 Julai (Bernama) -- Kegiatan perjudian berkomputer di Pahang dilihat semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, SAC T. Narenasagaran berkata, bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini, polis merampas 2,644 unit komputer bernilai RM2,219,308 yang telah diubahsuai menjadi mesin judi melibatkan 213 premis di seluruh negeri.
"Polis Pahang telah mempertingkatkan pemantauan serta menjalankan operasi 'Ops Dadu' sepanjang masa.
"Sepanjang 'Ops Dadu' yang dilakukan enam bulan lepas juga, seramai 1,256 individu ditahan selain wang tunai RM104,108 juga dirampas berbanding sepanjang tahun lalu, hanya 2,299 unit komputer bernilai RM1,871,600 dirampas dengan wang tunai RM32,400," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.
Beliau berkata dalam serbuan ke atas 194 premis itu juga 981 individu dipercayai pengguna dan penjaga premis-premis yang menjalankan kegiatan perjudian Internet haram ditahan.
-- BERNAMA
Kedai-kedai macam nielah yang ganggu perniagaan komputer yang halal yang macam is buka nie, dah latu kat tempat is pun dia menempek, buat perniagaan judi yang berselindung sebalik cybercafe. Memang tak guba cina judi nie. Polis datang ambush, masuk poket RM100 satu kepala terus balik. Tutup kes.
Ulasan
Catat Ulasan
Sekiranya is ada menguris hati yang membaca ini... is pohon kemaafan, dan seribu keampunan dari ujung rambut sampai ujung kaki..
I Luv All Of You Commenters OF My Blog
is terpaksa Moderated Kan Komen sebab is tak perasan komen masuk bila login kat dashboard, kesian sahabat kita ada yang komen is lambat balas.