Paris Tak Warisi Semua Harta Datuk

Seronok betul Murai Batu melihat ucapan tahun baru socialite dan model popular Paris Hilton dalam sebuah laman web popular Hollywood. Katanya, selain inginkan segalanya yang terbaik pada 2008, Paris juga berazam untuk mendapatkan kekasih baru. Haa, jujur habis!

Tapi yang Murai Batu hairan, dalam sibuk Si Paris mencari kekasih baru bagi mengisi diari 2008, keluar pula cerita kemesraan antara dia dengan bekas suami Ratu Pop, Britney Spears, siapa lagi kalau bukan Kevin Federline!

Khabaranya, mereka ditemui berpesta dalam satu majlis di Las Vegas, Sabtu lalu dan kelihatan begitu seronok sekali ketika bersama. Kalau nak tahu, gambar mereka telahpun tersebar dalam sebuah blog hiburan popular antarabangsa. Haa, jangan nak sorok!

Bercakap mengenai minat Paris yang gemar berpesta dek kerana kemewahan keluarganya itu,  Paris bagaimanapun perlu bersikap lebih berserhana atau membuang tabiat berparty bermula hari ini, sebagai azam tahun baru.

Bukannya apa, berita yang Murai Batu terima, Paris dan adik beradiknya yang lain hanya akan menerima RM228 juta (AS$69 juta) sahaja daripada wang yang diwarisi datuknya, Barron Hilton, meskipun harta yang ditinggalkan oleh datuknya itu bernilai hampir RM7.59 bilion (AS$2.3 bilion)!

Ini bermakna, mereka hanya akan menerima 3 peratus dari harta peninggalan berkenaan. Bayangkan pula cukai yang perlu dibayar Paris, berapalah sangat yang akan tinggal, alahai Paris.

Nak tahu kenapa sedikit imbuhan mereka? Ia disebabkan 97 peratus lagi daripada harta pusaka berkenaan akan disumbangkan kepada badan kebajikan, termasuk bagi tujuan penggunaan air di negara-negara sedang membangun. Cayalah Barron Hilton!

Memang patut pun datuk dia tak bagi semua harta, kang tak pasal dia joly sakan, sekarang pun kerja pun leh main-main tambahkan kalau dapat semua harta, lagi sakan.



Ulasan