Novel Ombak Rindu Kenapa Perlu Baca?



Apakah erti kesucian hati? Apakah ia bermakna apabila badan sudah dinodai? Amboi intro dia is oii.... ala ala jiwang gitu macam pakar cinta la pulak, ahak, bukan is yang cakap tapi review novel nie yang berkata-kata, is cuma membuat kesenambungannya sahaja dengan menyampaikannya kepada korang dari blog is yang tak seberapa nie.

Itulah dilema gadis dari sebuah kampung kecil, Izzah yang dijual oleh pakciknya ke sebuah rumah pelacuran. Izzah ditakdirkan diselamatkan oleh Hariz, seorang ahli perniagaan yang muda dan kaya yang kemudian membelinya untuk dijadikan perempuan simpanan. Dari benci menjadi suka, dari suka menjadi cinta, namun cinta mereka mengundang lara. Konflik demi konflik menguji pasangan ini. Apakah Izzah redha dengan statusnya sebagai perempuan simpanan sekalipun telah dinikahi? Apakah Hariz tidak mampu melihat Izzah lebih dari seorang isteri pemuas nafsu?

Kalau korang nak tahu lebih lanjut, penulis tu adalah seorang penulis novel yang mencari makan dengan menjual hasil-hasil karyanya kepada orang ramai, so pakat-pakat lah kita support orang kita yer? 


Penulis: Fauziah Ashari
Tarikh Terbit: 6 Mac 2003
Format: Kulit Nipis
ISBN: 983-124-029-9
Penerbit: Alaf 21
Bil. Mukasurat: 576
Genre: Cinta, Drama
RM  19.90

Ulasan